EYE ON MALAYSIA TARIKAN TERBARU DI MALAYSIA

Buaian roda yang di kenali sebagai ‘Eye on Malaysia’ di Taman Titiwangsa , yang berada di Kuala Lumpur adalah bukti salah satu kecemerlangan pembangunan Negara yang terbaru telah di realisasikan oleh Kementerian Kesenian Dan Kebudayaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007).

Buaian roda itu beroperasi pada pukul 10 pagi dan mendapat sambutan yang memuaskan daripada pengunjung. Kerana ada pengunjung yang datang bukan untuk menaikinya tetapi semata-mata mahu menyaksikan kehebatan permainan buaian terbesar itu.

Buaian roda ini juga dapat membawa tuah kepada Malaysia dan boleh dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan negara bagi menarik pelancong asing. Ianya  perlu dikekalkan memandangkan tidak banyak negara memilikinya.

Buaian roda ini membuat putaran sebanyak enam pusingan dan harga tiket RM15 yang dikenakan adalah berpatutan. Eye on Malaysia yang berharga RM30 juta mempunyai kemudahan 42 gondola berhawa dingin setiap satu yang boleh memuatkan lapan penumpang.

Buaian roda itu melakukan enam pusingan selama 12 minit yang membolehkan orang ramai melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan taman-taman rekreasi di sekitar kota raya ini.

Peluang menaiki Eye on Malaysia adalah berbeza kerana melaluinya dapat menikmati keindahan Kuala Lumpur. Para pengunjung melahirkan rasa kagum dan bangga terhadap kehebatan buaian roda itu kerana ia dapat memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia.

 

3 Responses to EYE ON MALAYSIA TARIKAN TERBARU DI MALAYSIA

  1. john taraota says:

    cayala

  2. de_kerinchi says:

    Membawa benda hiburan versi penjajah bukanlah satu tanda kemajuan negara.Mendidik anak-anak kita kearah kemurnia islam itu yang lebih utama.
    Walau apapun kewujudan Roda feris ini tetap satu perubahan’walaupun ia berada disudut yang gelap.

  3. gmansayong says:

    de_kerinchi

    anda seharusnya menyelidik dan membaca tujuan sebenar pewujudan roda feris ni…ia bukanlah berada disudut yang negetif..pelbagai kebaikan akan diperolehi oleh negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: