USAH RAGUI “EKONOMI MALAYSIA”

Jika kita buka isu ekonomi,semua lapisan masyarakat bijak bersuara.Bermacam pendapat dan pandangan yang kadang kala sukar di terima logiknya.Fakta atau rekaan semata-mata hanya yang empunya diri bisa menilai. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,saya begitu kagum dengan usaha Pak Lah yang berjaya mempertahankan ekonomi kita di tahap yang selesa.

Saya tertarik dengan kata-kata PM kita yang menegaskan bahawa pertumbuhan dan kedudukan ekonomi Malaysia yang semakin baik ketika ini bukan sesuatu yang palsu atau direka-reka.Ini terbukti jelas dengan wujudnya  pelaburan asing dan domestik yang mencecah lebih RM40 billion,kenaikan Bursa Malysia yang stabil serta pengukuhan nilai ringgit negara kita kini.Ini adalah fakta yang berlaku secara realitinya bukan angka-angka yang di reka untuk mengaburi mata rakyat.

Pensyarah USM,Prof.Amir Baharuddin ada berkata,angka pertumbuhan dan nilai dagangan yang di umumkan kerajaan baru-baru ini memang menggambarkan keadaan sebenar prestasi ekonomi negara kini.

Justeru,sebagai rakyat malaysia yang berpijak nyata di bumi Malaysia,usah ragui tahap ekonomi negara kita pada hari ini mahupun hari-hari yang mendatang selagi kita kuat di bawah kepimpinan Pak Lah.

                                                                       semalu@gmansayong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: