Jentera Umno bersiap hadapi pilihan raya

Persediaan awal bolehkan pasukan digerakkan pada bila-bila masa

SUNGAI PETANI: Umno sudah menggerakkan jentera pilihan rayanya di seluruh negara sebagai persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa.
SUNGAI PETANI: Umno sudah menggerakkan jentera pilihan rayanya di seluruh negara sebagai persiapan awal menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Penerangannya, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengarahkan jentera pilihan raya Umno mempersiapkan diri supaya dapat digerakkan apabila tiba masanya.

“Walaupun kita masih belum pasti tarikh pilihan raya umum, jentera Umno pada setiap peringkat, termasuk negeri, bahagian, cawangan serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sudah diarahkan bersiap sedia supaya ia boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Kita tidak boleh menunggu saat akhir untuk digerakkan kerana ia akan menimbulkan masalah.

“Dengan persediaan awal itu dan kedudukan ekonomi negara yang mantap ketika ini serta sokongan padu rakyat terhadap kepemimpinan negara, peluang kita (Barisan Nasional) semakin meningkat,” katanya selepas merasmikan Pusat Tuisyen Desa Peringkat Kebangsaan di Kampung Pengkalan Bukit Kechik, Simpor di sini, semalam.

Pusat Tuisyen Desa itu ditubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (Risda) melalui Rancangan Pembangunan Kawasan (RPK) bagi memberi peluang kepada pelajar luar bandar khususnya anak pekebun kecil yang bakal menghadapi peperiksaan meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Turut hadir, Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohamad Izat Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Usahawan negeri, Datuk Dr Shuib Saidin.

Beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap Umno dan BN begitu tinggi pada masa ini seperti dibuktikan ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Batu Talam, Pahang, baru-baru ini.

Katanya, keyakinan rakyat itu adalah berdasarkan faktor ekonomi negara yang baik seperti yang ditunjukkan dalam jumlah dagangan RM1 trilion dan pelaburan melebihi RM42 bilion, tahun lalu.

“Ekonomi negara berada pada tahap yang sangat mantap di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Mengenai tindakan pembangkang yang mengadakan ceramah di seluruh negara menafikan kejayaan dan kedudukan ekonomi negara, Muhammad berkata, sudah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk berbuat demikian, kerana enggan mengakui kejayaan BN walaupun mengetahui ia adalah benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: