Ketua Pengarah BPR sedia disiasat

PUTRAJAYA: “Biarlah undang-undang menentukan,” kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Seri Zulkipli Mat Noor berhubung pelbagai dakwaan terhadapnya oleh bekas pegawai bawahannya.

Pegawai itu, Mohamad Ramli Manan, yang bersara 8 Disember lalu, membuat aduan polis pada Julai tahun lalu mendakwa Zulkipli ‘seorang pegawai kanan polis rasuah dengan memiliki harta dan aset diperoleh menerusi amalan rasuah’.

Ramli yang mengetuai BPR Sabah pada 2002, juga mendakwa Zulkipli pernah disiasat berhubung jenayah seksual berikutan laporan seorang suri rumah di Balai Polis Dang Wangi dan Segambut, Kuala Lumpur serta di Mambau, Negeri Sembilan.

Dia mendakwa Zulkipli mempunyai kepentingan pelbagai perniagaan dan hartanah termasuk enam rumah di Pagoh, Johor dan menyalah- guna kenderaan kerajaan.

Ketika diminta mengulas dakwaan itu, Zulkipli berkata tuduhan itu sebahagian cabaran terpaksa dihadapinya.

“Ada yang suka dan yang lain mungkin tidak. Apa yang penting keadilan mesti dicari,” katanya kepada New Straits Times (NST), di sini, semalam.

Zulkipli berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 20 tahun, pernah menjadi Ketua Polis Johor pada 1996 sebelum dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 2000. Beliau pegawai polis pertama dilantik memegang jawatan tertinggi BPR pada 2001.

Ramli mendakwa tiada tindakan susulan diambil sama ada BPR atau polis terhadap Zulkipli meskipun ada keraguan terhadap salah lakunya.

Laporan salah laku itu didedahkan Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Antirasuah (Gerak), Ezam Mohd Nor kepada media di Kelana Jaya, kelmarin.

Ramli ketika dihubungi berkata, beliau tidak membocorkan laporannya kepada Ezam tetapi menggesa polis menyiasat terperinci dakwaannya.

Zulkipli yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas menjelaskan, sebelum dilantik ketua pengarah, beliau sudah diselidik dan didapati bersih.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, ketika diminta mengulas mengenainya berkata, tuduhan itu bukan perkara baru kerana ia pernah ditimbulkan pada 1997.

“Siasatan sudah dibuat. Saya sendiri meminta fail melihat hasil siasatan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: