Pas Kelantan gagal luluskan usul

KOTA BHARU: Perbezaan satu kerusi antara Kerajaan Pas Kelantan dan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ternyata membawa kesan besar walaupun dalam isu yang dianggap remeh.

 

KOTA BHARU: Perbezaan satu kerusi antara Kerajaan Pas Kelantan dan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ternyata membawa kesan besar walaupun dalam isu yang dianggap remeh.

Hkikak itu terbukti semalam, apabila Kerajaan Pas Kelantan gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga DUN bagi meminda Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan untuk tujuan mencetak semula Perlembagaan Negeri.

Usul Pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (bahagian pertama) (pindaan 2007) gagal diluluskan kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga apabila semua Adun BN berkecuali dan tidak mengundi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan selaku Ketua Pembangkang dalam DUN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata pihaknya tidak mengundi kerana hanya dimaklumkan beberapa minit sebelum usul dibentangkan.

“Benda (usul) ini mungkin dianggap remeh (oleh kerajaan negeri) dari segi kandungan, tetapi semangatnya adalah besar kerana membabitkan pindaan perlembagaan negeri.

“Tindakan kita itu sebagai isyarat bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wibawa untuk meminda perlembagaan. Kita tidak menentang kandungan usul itu, tetapi memilih tidak mengundi kerana BN tidak diajak berunding sewajarnya.

“Kalau Pas sedar mereka tidak cukup wibawa, tidak cukup undi, harus ada perundingan. Saya hanya diberitahu oleh Exco berkenaan, beberapa minit sebelum usul itu dibentangkan,” katanya.

Usul itu bertujuan meminda Perlembagaan Negeri Kelantan yang selama ini hanya boleh dicetak semula oleh Pencetak Kerajaan dalam Bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan teks Jawi dengan kuasa Sultan Kelantan mengikut Perkara 65.

Bagaimanapun, berikutan Pencetak Kerajaan tidak wujud lagi selepas dikorporatkan menjadi Percetakan Nasional Malaysia Berhad, ia memerlukan pindaan Perkara 65 terbabit.

Pindaan itu bertujuan membolehkan Perlembagaan Negeri Kelantan itu dicetak semula oleh pencetak yang mendapat perkenan sultan dalam bahasa kebangsaan teks Jawi atau rumi.

Annuar berkata, Kerajaan Pas Kelantan masih bersikap memencilkan Adun BN walaupun hakikatnya Adun BN mewakili suara rakyat yang ramai dalam sidang DUN.

“Oleh kerana dasar kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama , Adun BN sebagai pembangkang tidak menentang, sebaliknya sekadar mengambil pendirian tidak mengundi.

“Tidak mustahil BN akan mengundi menyokong pindaan ini jika dibentangkan pada persidangan akan datang, sekiranya perundingan sewajarnya dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Ketika persidangan DUN semalam, usul dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan, disokong 23 Adun Pas sebaik pengundian dibuat Speaker, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Tindakan 21 Adun BN yang hadir diketuai Annuar bersikap berkecuali dan tidak mengundi apabila diminta, menyebabkan usul terbabit gagal mendapatkan kelulusan dua pertiga sokongan.

Mengulas keputusan itu, Takiyuddin berkata, pihaknya sudah menjangka tindakan BN itu.

Beliau berkata, kali terakhir cetakan semula perlembagaan kerajan negeri dibuat pada 1985 dan ketika ini, setiap negeri seluruh negara sudah melaksanakan pindaan terbabit.

“Kita berharap pada masa depan, pembangkang (BN) dapat mengubah pendirian dengan menyokong usul ini bagi kepentingan semua pihak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: