KELANTAN SEBENARNYA TIDAK MEMBANGUN LANGSUNG BERSAMA PAS

                                                   KELANTAN SEBENARNYA TIDAK MEMBANGUN   LANGSUNG BERSAMA PAS,

ini hahikat yang tak boleh orang orang PAS kata tidak betul. hujah hujah dibawah adalah

benar dan betul. Rakyat Kelantan sangat laparkan pekerjaan. Bulan Februari 2001 Jabatan Kesihatan mengeluarkan IKLAN kerja BOROH, Pemandu, Atendan dan Tukang masak yang dimaklumkan hanya beberapa ratus saja jawatan yang kosong tetapi yang memohon sampai 15ribu permohonan…..ini menunjukkan betapa TAK ADANYA kerja di Kelantan….itu belum ambil kira beratus ratus ribu belia dan beliawanis Kelantan terpaksa cari kerja di Johor, Singapura, Seberang Prai, Selangor, KL, NS dlll….jadi kalau PAS buat slogan membangun bersama PAS tu apa PAS buat untuk menolong rakyat Kelantan yang dahlah rata rata miskin kerja pulak tak ada…..TANAH RANCANGAN PAS saperti di Cucoh Puteri, Sg Sok, Sg PAS adalah rancangan yang TAK TERATUR sekali….

KELANTAN SEBENARNYA TIDAK MEMBANGUN LANGSUNG BERSAMA PAS,

ini hahikat yang tak boleh orang orang PAS kata tidak betul. hujah hujah dibawah adalah

benar dan betul. Rakyat Kelantan sangat laparkan pekerjaan. Bulan Februari 2001 Jabatan Kesihatan mengeluarkan IKLAN kerja BOROH, Pemandu, Atendan dan Tukang masak yang dimaklumkan hanya beberapa ratus saja jawatan yang kosong tetapi yang memohon sampai 15ribu permohonan…..ini menunjukkan betapa TAK ADANYA kerja di Kelantan….itu belum ambil kira beratus ratus ribu belia dan beliawanis Kelantan terpaksa cari kerja di Johor, Singapura, Seberang Prai, Selangor, KL, NS dlll….jadi kalau PAS buat slogan membangun bersama PAS tu apa PAS buat untuk menolong rakyat Kelantan yang dahlah rata rata miskin kerja pulak tak ada…..TANAH RANCANGAN PAS saperti di Cucoh Puteri, Sg Sok, Sg PAS adalah rancangan yang TAK TERATUR sekali….

Dalam suasana negara yang belum maju, Datuk Asri telah berjaya merealisasikan ideanya untuk menyelesaikan masalah kelaparan tanah rakyat Kelantan. Malangnya setelah sepuluh tahun memerintah, satu tanah rancangan pun masih belum dibuka oleh kerajaan Pas untuk membantu orang-orang yang ketiadaan tanah dan kebanyakan mereka bukan orang lain, penyokong dan

pengundi Pas juga. Maka di manakan hebatnya kerajaan ulama Nik Aziz berbanding kerajaan Datuk Asri dahulu? Selama 10 tahun memerintah Kelantan juga pemimpin Pas

membuktikan kegagalan dalam menjaga kebersihan. Kawan dan lawan Pas mengaku bandar Kota Bharu adalah antara bandar yang terkotor. Sampah sarap yang terbiar di

segenap lorong dan jalan, di tangga pasar dan di sudut-sudut Pasar Siti Khadijah adalah amat memalukan Islam. Pelancong asing dan orang bukan Islam mendapat maklumat yang salah tentang Islam dengan cara Pas mempamerkan sampah di bandar Kota Bharu. Walaupun banyak kali sungutan keluar di dada-dada akhbar dan dari mulut sultan, Pas buat pekak badak sahaja dengan isu tersebut. Lebih memalukan bandar yang tidak dipimpin oleh ulama seperti Kuantan dan Kuching berada di tempat teratas sebagai bandar paling bersih di Malaysia. Di manakah kewibawaan Pas dalam soal sekecil ini.

Usahlah melaung mendabik dada akulah pejuang Islam jika bandar Kota Bharu sendiri tidak mampu dijaga. Fenomena tikus-tikus berkeliaran semasa orang menjamu

selera di Pasar Siti Khadijah adalah fenomena yang amat jijik dan memalukan serta mencemar nama baik Siti Khadijah sebagai Ummahatul Mukminin. Betapa liarnya

tikus di bandar Kota Bharu begitulah liarnya hati pemimpin Pas dengan isu kebersihan.

Selama sepuluh tahun pemimpin Pas berdolak dalik dalam isu hiburan. Rakyat masih ingat lagi suatu ketika dahulu iaitu dalam tahun 1992 kerajaan Pas membenarkan pertunjukan sarkas lucah diadakan di bandar Kota Bharu di dalam bulan Ramadan.

Ada dua isu di sini. Isu pertama kerajaan Pasmembenarkan perkara haram dilakukan di bumi serambi Mekah di dalam bulan Ramadan. Apabila ditanya orang pemimpin besar Pas jawab. “ana ingatkan sarkas ni rimau sahaja’ isu yang kedua pembohongan Harakah 1 Jun 1992 yang mendakwa pertunjukan sarkas di Kelantan itu mengikut peraturan negara Islam. Hakikat sebenarnya memang peserta sarkas tersebut tidak menutup aurat. Kalau BN yang buat tentulah gegak gempita pemuda Pas marah, tetapi apabila ulama sendiri luluskan senyap sunyi pemuda Pas. Nasib permainan dan hiburan tradisonal juga dalam keadaan tidak menentu. Ada yang diharam dan ada yang dibenarkan.

Anehnya ada yang diharam tetapi dihalalkan pula di tempat-tempat tertentu. Kalau mahukan kepastian ia boleh diperiksa di Gelanggang Seni Kota Bharu. Pemimpin Pas pernah berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat penyelewengan dan rasuah kerajaan BN yang memerintah Kelantan dari tahun 1978 hingga 1990. Hal ini boleh dilihat melalui Harakah 20 Oktober 1990 Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Abdul Halim Abdul Rahman Timbalan Menteri Besar Kelantan. Sehingga sekarang setelah 10 tahun untuk menyiasat penyelewengan kerajaan BN dahulu. Logik mudah bagi mengetahui sebab suruhanjaya tersebut kerajaan BN terdahulu dan keduanya kerajaan Pas sendiri adalah satu kerajaan yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah. Sebab itulah mereka tidak berani untuk menyiasat orang lain. Mereka takut akan ada orang lain yang akan menyiasatnya pula selepas ini. Inilah hakikat yang ada yang difahami oleh

pemerhati politik Kelantan.Setelah 10 tahun memerintah Kelantan terbukti sikapberdolak dalik pemimpin Pas dalam soal arak. Semasamenjadi Ketua Pembangkang DUN Kelantan iaitu pada semasa berhujah dengan pihak kerajaan berkata “Masalahharam arak dalam Islam ini kerana mabuk. Jadi bila ia diharam di dasar kepada memabuk maka masalah mabuk in bukan sahaja ke atas orang Islam, orang yang tidak Islam pun mabuk juga bila minum. Oleh yang demikian, patut disamaratakan iaitu sama-sama tidak boleh. Anehnya apabila Nik Aziz bertukar menjadi ADUN Chempaka dan menjadi Menteri Besar, Arak ini boleh pula dijual kepada orang bukan Islam. Bahkan beliau mengaku melalui akhbar Utusan Malaysia 19 November 1992 sebanyak 44 lesen arak telah beliau luluskan dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya. Rupa-rupanya arak yang haram dan memabukkan itu adalah nikmat. Inilah sikap dua kitab pemimpin Pas. Kalau orang lain buat haramun. Kalau Pas buat halalun. Sikap berdolak dalik ini juga terbukti dalam soal duit kutipan denda kerana berzina yang dikatakan duit haram. Apabila Pas menang undang-undang sedemikian masih diteruskan dan kita berhak bertanya sudah tidak haram lagi duit hasil denda orang yang berzina? Sikap dua undang-undang ini melambangkan Pas adalah parti cari makan. Kalau orang lain buat tidak sah dari segi syariat, kalau pemimpin Pas buat sah dari segi syariat. Seolah-olah hukum syariat ini boleh diubah-ubah. Pemimpin Pas perlu menjelaskan ke mana hasil wang tersebut digunakan. Apakah ia diguna untuk membayar elaun guru-guru halaqat atau dilaburkan ke mana. Begitu juga duit lesen arak, duit lessen tempat-tempat maksiat yang diluluskan beroperasi khasnya di bandar Kota Bharu. Pelbagai slogan dicipta dan dijadikan papan tanda di segenap ceruk negeri. Apakah rakyat akan kenyang dengan melihat pintu gerbang, label dan slogan. Slogan utama kerajaan negeri Membangun Bersama Islam tidak dapat difahami oleh rakyat. Bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi yang di bina di bandar Kota Bharu di bina oleh pihak swasta dan tauke-tauke dari luar Kelantan. Apa yang dibangunkan oleh Pas Kelantan? Pintu gerbang adalah pembangunan yang dijalankan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya setelah sepuluh tahun memerintah sudah ada bangunan di setiap kawasan Parlimen bagi menempatkan pusat pembinaan insan yang lengkap. mesti ada di setiap kawasan Parlimen. Memerintah sekadar menunggu masa untuk pilihan raya yang senang. Selama 10 tahun memerintah Kelantan Pas menaikkan gaji MB, TMB dan EXCO. Sepatutnya selepas menang pada tahun 1990 kerajaan Pas menurunkan gaji Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Apa yang berlakunya ialah perkara sebaliknya. Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 22 November 1995 telah meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar dari RM6000 kepada RM8500 sebulan, (Naik RM2500 sebulan), gaji Timbalan Menteri Besar dari RM3500 kepada RM5500 (Naik RM2000 sebulan), gaji EXCO naik daripada RM3000 kepada RM4500 (Naik RM 500 sebulan).kepada RM4500 (Naik RM2000 sebulan) manakala gaji setiausaha politik Menteri Besar turut dinaikkan kepada RM3000 daripada RM1500 (Naik RM1500 sebulan). Semua kenaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 1996. Sepatutnya gaji ini diturunkan apabila memandangkan kehidupan rakyat yang susah dan pemimpin pas bukannya mempunyai banyak kerja untuk menyelesaikan kesusahan

rakyat. Bagaimanapun, sandiwara yang paling hebat ialah pementasan sandiwara drama tiga babak hukum Hudud. PAS telah berjaya melakonkan banyak episod penyelewengan hudud. Babak pertama ialah mula-mula membentangkan hukum hudud PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Ia

dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. kelihatan banyak bercanggah dengan hudud Allah terutama pada prinsip keadilan seperti  ia terpakai ke atas orang Islam sahaja (Fasal 56), syarat-syarat menjadi hakim langsung tidak mengikut syarat syarie (Fasal 68) dan  sebagainya. Kemudian dalam babak in Harakah 28 Februari 1997 berjanji hukum Hudud akan dibawa ke Parlimen. TETAPI JANJI CUMA TINGGAL JANJI. Sebaliknya  UMNO dan Perdana Menteri dipersalahkan apabila timbul soalan mengapakah undang-undang Hudud itu tidak dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Undang Negeri Kelantan. Sandiwara hudud  PAS ini ketara lagi dalam babak Besar Terengganu. Beliua membuat kenyataan, ” Perlaksanaan Hudud melalui Proses yang Panjang.” Mengapakah boleh menjadi panjang kalau hudud PAS Kelantan itu sebenarnya hudud Allah ?  Ambil saja EJKS (II) 1993 Kelantan, bawa ke Dewan Undangan Negei Terengganu terima pakai habis cerita. Tidakkah Abdul Hadi sendiri menjadi pengerusi jawatankuasa penggubal

Hudud PAS Kelantan itu ?  Mengapakah pengerusi sendiri menolak rang  undang-undang yang digubal ? Alangkah anehnya apabila penulis skrip sendiri Kalau kerajaan PAS Terengganu tidak mahu pakai EJKS (II) 1993 Kelantan, ternyatalah bahawa ia bukan hudud Allah. Hudud Allah sebanarnya hanyalah satu. Ia sesuai di mana jua. Babak ketiga sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu “hukum hudud adalah salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah”.  Mengapakah sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu besar ?  Sekarang apabila sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu) daripada hukum Islam ? Kalaulah hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sandiwara pementasan drama tiga babak oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain denga mudahsahaja dipentaskan oleh PAS sekalipun tanpa skrip dan percanggahan sesama mereka

30 Responses to KELANTAN SEBENARNYA TIDAK MEMBANGUN LANGSUNG BERSAMA PAS

  1. Karan Kraf says:

    ” Bulan Februari 2001 Jabatan Kesihatan mengeluarkan IKLAN kerja BOROH, Pemandu, Atendan dan Tukang masak yang dimaklumkan hanya beberapa ratus saja jawatan yang kosong tetapi yang memohon sampai 15ribu permohonan…..ini menunjukkan betapa TAK ADANYA kerja di Kelantan… ”

    Tak ada kerja di Kelantan ?
    Emm .. Saya tak fikir begitu.
    Masalah dengan mentaliti Melayu berbanding kaum lain ( khususnya Cina ) adalah Melayu gemar kerja makan gaji khasnya kerja kerajaan ( Jabatan Kesihatan tu ! ) Sebabnya, ada pencen, banyak/mudah dapat cuti, mudah buat loan itu ini, banyak welfare mcm2 ). So, sebab itulah kekosongan beberapa ratus tapi datang mintak berpuluh ribu. Aku tahu, sebab aku pun sama ! ( ish, saper tak nak ? )

    ” .itu belum ambil kira beratus ratus ribu belia dan beliawanis Kelantan terpaksa cari kerja di Johor, Singapura, Seberang Prai, Selangor, KL, NS dlll…. ”

    Oh, inilah urban lagend yang paling menarik berkenaan penghijrahan orang Kelantan. Selain faktor yang tersebut di atas ( org Melayu suka makan gaji ), bukan sahaja orang Kelantan, bahkan orang Utara pun tak kurang ramainya pergi kerja makan gaji di Lembah Klang / Johor. Itu belum lagi orang Johor yang pergi kerja kat Singapore. Bukan soal kerja ada atau tidak, bahkan kerja berlambak lambak, khususnya sektor swasta. Masalahnya, ramai terlalu memilih, nak kerja dalam aircond dan GAJI MAHAL !

    Tak percaya ? Nah baca nih :
    http://skorcareer.com.my/blog/too-many-vacancies-but-hard-to-find-workers/2007/03/01/

    Kesimpulannya,
    ini bukan soal PAS atau UMNO atau mana mana parti. Ini soal mentaliti orang Melayu. Kalau UMNO kembali memerintah Kelantan sekalipun, saya tak fikir masalah ini akan selesai. Ingat, bukannya UMNO tak pernah memerintah Kelantan !

    Ayuh, lupakan soal kepartian yang cetek.
    Tak perlu UMNO nak pening kepala fikir cara nak rampas Kelantan dari PAS kerana hasil akhirnya tetap sama. Lebih baik sama sama bekerjasama, berusaha atas dasar kepentingan seluruh lapisan, kepentingan anak cucu.

    Tirulah macam DAP, MCA, Gerakan. Bergaduh sesama sendiri pun, tapi in the end, Cina tetap kaya, tetap mewah, tetap dapat tanah, tetap boleh pandang Melayu sebelah mata ( sambil si Melayu terus menikus ! )

    Politik orang Melayu meloyakan !

  2. man says:

    hanya rakyat kelantan yang sokong umno dan tamak kan duit harta rakyat sahaja yang serik.. Golongan umno nie kecewa kerana rakan-rakan mereka dinegeri lain semuanya kaya raya sebab dapat curi duit rakyat.

    Kami rakyat biasa merasa amat bahagia kerana di bawah pemerintahan PAS syiar islam dapat dihayati dengan sepenuhnya. Biarlah lambat menbangun daripada cepat membangun dengan maksiat jika diperintah oleh umno

  3. joei says:

    bangan punya blog

  4. joei says:

    bangang punya blog

  5. ujang says:

    bangkit r rakyat kelante..smpai biler nk tggu pas majukn kelante..jgn harap r..
    pikir2kn r..!!!

  6. gmansayong says:

    man…
    dorang bukan mahukan harta atau kekayaan…mereka hanya mahukan kemajuan dan keselesaan…sampai bila mereka mahu hidup dalam zaman kegelapan lagi???sampai bila mereka harus minum air yang belum tentu kebersihannya…lagi2 dengan pembuangan najis dan sampah ke dalam sungai…siapa yang sanggup??

  7. gmansayong says:

    joei…
    apa yang ‘bangan’?tulis pun xpandai…ni mesti golongan keciciran pelajaran…kau sepatutnya menyokong usaha2 kerajaan untuk memajukan negeri2 yang mudur dan lambat membangunkan. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai kelebihan dan kemudahan untuk rakyat yang tercicir akibat pemerintah negeri mereka khususnya golongan warga emas dan kurang upaya..fikirlah…mereka yang sudah tua dan uzur terpaksa mengambil air di peringi yang jauh dari rumah..

  8. sri_ayu says:

    hurmm..
    bila baca komen2 ni sume, kalau dipikirkan secara elok2, ada yang betul, ada yang tak betul.

    part yang betul mungkin yang pasal wakil rakyat makan duit rakyat. memang benda tu terjadi, tapi itu isu lama, parti umno sendiri dah ambil tindakan terhadap orang2 yang berkenaan, dan banyak wakil rakyat ditukar setiap kali pilihanraya.

    duit rakyat dah tak masuk poket dato’2 lagi, tapi dah menyenangkan rakyat. nak tahu kenapa kelantan tak senang? pasal bukan Umno yang pegang, bukan Umno yang majukan.

    Ada ura2 kata Pemimpin di negeri Kelantan tak ambil duit gaji kerajaan bagi, tapi kenapa tak membangun juga? mana pergi semua duit tu?

    Tak nampak lagi perbezaan bila Pas pegang terengganu pastu Umno or BN pegang balik.. bukak mata luas2..
    Ada setengah orang, tahu cakap lebih, tak selidik dulu.

    Yang paling memalukan bila Melayu jadi anti- kerajaan. terutamanya yang dah belajar tinggi2, dah ada diploma, degree, master, ader phd lagi, tapi sayang, bila berfikir ilmu hidup, takat spm jew pemikirannya.

    tak boleh berfikir ker? dari kecik, sekolah kat mane? sekolah sendiri ker? sekolah swasta? orang cina dan india, tahan buat sekolah sendiri supaya anak2 diorg sume pergi belajar, tapi kita orang melayu tak bersyukur. kerajaan buatkan sekolah, yuran pun subsidi. ada yang dapat biasiswa, dah la tak payah byr ape2, duit masuk lagi dalam bank. dapat pinjaman buku teks, tapi buku teks tu wat pekasam, bukan belajar, simpan je bawah meja, bila nak belajar baru bukak..

    kalau menentang sangat kerajaan, jangan sekolah kerajaaan, pergi sekolah swasta tu, mampu ke nak bayar yuran beribu? baru2 ni keluar kat berita, kerajaan habiskan 20billion satu tahun nak hantar pelajar2 pergi belajar luar negara, tak cukup lagi ke?

    saya pernah pergi negara lain yang lagi teruk dari kita, tapi tu la, kalau duduk je bawah tempurung, aper yg nampak melainkan tempurung kan?

    kalau dah diri sendiri gagal, mestilah cari pihak nak disalahkan. sape jadi sasaran? kerajaan jugak..

    kat indonesia tu, budak2 yang patut pergi tadika, pergi minta sedekah dari kereta ke kereta kat jalanraya..
    duduk tepi jalan jual makanan.
    cuba tengok budak2 kat m’sia, sume cukup umur 5-6 tahun masuk tadika.
    siap sediakan tadika yang orang semua mampu nak bayar yuran.itu pun kerajaan subsidikan supaya melayu boleh hantar anak2 diorg belajar.

    tak cukup lagi ker?

    kalau nak kata orang kelantan taknak pembangunan, kenapa berduyun2 orang kelantan turun kl bukak tomyam? tu taknak pembangunan?
    kalau dekat kelantan, banyak ke peluang nak bekerja sampai rakyatnya kena turun kl dan selatan?

    kalau asyik kerjanya menghentam, sampai bila pun tak membangun..sekarang ni salh kerajaan jugak ke, atau salah siapa?

  9. anak johor says:

    assalammualaikum……….
    kalau nak compare johor ngan kelntan, banyak sgt perbezaan drpd persamaan yang dpt kte tgk skrg…
    bkn dri segi ekonomi shj malah dri segi kehidupan rakyatnya, bnyak sgt perbezaan, kalo nak di senaraikan pun rsenye smpai esk sya x kan berhenti menaip.. di johor walaupun ekonomi maju, kehidupan rakyat terjamin kami tetap dapat menikmati ilmu agama dgn secukupnya………. mata pelajaran pendidikan islam diwajibkan di setiap sekolah, sekolah agama diwujudkan untuk kemudahan semua rakyatnya. ini semua dapat dibuktikan dengan pentadbiran kerajaan di negeri ini. tidak seperti di kelantan dibawah pentadbiran pembangkang atau pas, kehidupan rakyatnya tidak membangun hidup dalam kemiskinan.berfikirlah sejenak, pilihlah kehidupan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran kerajaan berbanding di bawah pentadbiran pembangkang………… pilhan di tangan rakyat itu sendiri…….

  10. HAMBA ALLAH says:

    AMBOI2….SEDAPNYE MENGATA…RAKYAT KLANTAN LG BERNASIB BAIK DR ORG MELAYU PULAU PINANG TU….X YAH NK SOROK2 LA KEBENARAN TU…ANDA SUDAH MENGUNJUNGI KLANTAN KE AKHIR2 NI?,,,,,CUBA PG KLANTAN SKRG, BR ANDA BCAKAP PSL KEMAJUAN KAT KLANTAN…JLN MAKIN JEM, BGNN MAKIN BYK…PELUANG PERKERJAAN MAKIN BYK…..KALAU LA KLANTAN TU X MAJU LG, KENPA LA JLN RAYA KAT SN SLALU JE SIBUK..INGAT ORG KLANTAN SJ NK BT2 SIBUK KE KT TEPI JLN RAYA TU….LAGIPUN BT APE NK MAJU YG BERLEBIH2 AN, TAKUTNYE, LG BYK MSLH SOSIAL YG TIMBUL…MESTI ANDA SUDAH ARIF DGN KEMAJUAN KAN..SEMAKIN MAJU NEGARA TERSEBUT MAKA SEMAKIN BERTAMBAHLA MASALAH2 SOSIAL….BT APE NK MAJU SGT..BERSEDERHANALAH KAMU…HE3…..

  11. orang luar x dtg Kltn mana tau mcmn orang Kelantan hidup ??? senang ke x senang ??? orang Kltn yg hijrah cari rezeki tu sebab kedai makan kat Kltn terlalu byk… utk elak saingan depa bukak kat luaq… lagipun ikut logik laa… nak berniaga kenalaa tempat ramai orang. nak habaq mai cheq noo…

    aku kat Kedah darul UMNO pun teruja bila pi bljaq kat Kltn dulu. sampah ??? Kedah lagi byk noo… Alor Staq dah jadik bandar sampah… ish malunyer mana nak taruk muka ni… syabas tuan guru nik aziz… syabas jugak kat AJK MPKB-BRI. Kelantan clean n clear…

    nak banding apa lagi ??? peluang pekerjaan ??? purata pendapatn di KL mungkin RM 1000 sebulan bagi SPM… tapi realitinya KSH di KL – RM 800 sebulan. di Kelantan ??? pendapatan purata SPM – RM 700 sebulan. KSH baru RM 300 sebulan beb… saving rate 2 kali ganda tuh

    air ??? AKSB dah sukat BOD air mereka adalah yg terendah di seluruh Malaysia. tarif bil yang keempat termurah di Malaysia. manakala kelancaran perkhidmatan adalah yg terbaik… hehehe

    agama ??? johor menonjol sebagai negeri paling byk kes murtad di Msia dan JB (Iskandar City) menampilkan peratus murtad kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Waah tererlah UMNO. Dari segi disiplin, islamiyah xyah bandin laa dgn Kelantan sekolah korang tu… kat negeri aku (Kedah) pun dah byk sekolah agama tutup apa kes ???

    pembangunan ??? kalau citer rakyat Kltn ramai miskin tu tak betoi… dtg tgk sendirik laa… tapi tak dinafikan mmg Kltn kurang membangun (bukan x membangun) sejak kedatangan PAS. tapi biasalahh, kalau kita tolong orang kaya org ckp pembangunan.. tapi kalau tolong orang miskin org tak pggl pembangunan…

    Kelantan tak ramai orang kaya (tan tin tun) tapi tak ramai papa kedana… jurang ekonomi Kltn terlalu kecil nk dibanding ngri luar. Kltn mmg x mmbangun sebab PAS x byk duit. tapi ada jgk hikmahnya… pembangunan yg perlahan secara otomatiknya lebih teratur dan tersusun berbanding pmbangunan tiba-tiba yg terlampau… kan ??

    KESIMPULANNYA : MAI SINI DULU TENGOK KELANTAN… PASTU NAK BERLETEAQ LEPAIH TU LANTAK PI MAMPUIH HANG LAA…

  12. AMBO says:

    ye ke kelantan mundur? hmmm..banyak lagi kena tengok negeri-negeri orang ni. ni la masalahnya. kalau bagitau pun susah nak paham jugak. molek la, ambo bukan saja nak kemajuan, tapi nak jugak akhirat. cuba la pikir mana ada satu pun perbuatan dan amalan yang kita buat tidak ada perkaitan antara dunia dan jugak akhirat. ni asyik2 kata kelantan takde kemajuan, takde kemajuan. kemajuan pun kita mahu, akhirat pun kita mahu. ni mesti kes mintak kerja tak dapat ni. sudahnya, kat kerajaan kelantan pulak dia nak marah. sori la kalau marah ye. tp rasa2nya kami sedar kenapa kemajuan lambat di kelantan. kami rakyat kelantan sedar. dan telah pun diakui sendiri oleh ahli parlimen jeli Dato’ Pa yang kami sayangi. betul kata MAKHLUK BEBULU, mai tengok dulu kelantan macam mana ceritanya. peluang pekerjaan? macam yang ambo kato tadi la, ni mesti mintak kerja tak dapat ni. kalau dapat senyap lah tu. bagi je la dia keje, nanti diam la tu. orang luar kelantan pun banyak jugak yang keje kat sini kan? cuba pikir macam mana nak buat tu? errr dah dapat keje dah?

  13. saifulbukharit says:

    kelantan sudah maju dari segi pemikiran sebab tu mereka cerdik menolak umno yang jijik dari awal..negara di bawah umno tu sebenarnya tak maju dari segi pemikiran…..sedarlahhhh

  14. saifulbukharit says:

    kelantan maju dari segi pemikiran..buktinya mereka telah lama menolak umno… inilah realitinya…

  15. Alang says:

    Alah kalau maju pemikiran kalau tak de duit nak belajar cam na?…kerajaan BN yang kasi lu biasiswa…anak orang pas jugak berduyung-duyung masuk makan gaji dengan krjan..jangan jadi kacang lupakan kulit..anak anjing pun ingat sama orang kasi dia makan..Hidup Umno..hidup BN…

  16. Syed Alqudsi says:

    Statistik menunjukan terlalu banyak peningkatan dari sudut pembangunan bagi Negeri Kelantan berbanding dengan 1990, sewaktu Pas mengambil alih negeri ini dari BN, Sebagai contoh, pada 1990 rakyat termiskin kedua teramai selepas Sabah ialah Kelantan tapi sekarang No. 7,

    No. 1 paling miskin ialah Sabah diikuti Terengganu, Sarawak, Kedah, Perak dan Pahang. Dari satu hingga ketiga termiskin semuanya terdiri dari negeri-negeri pengeluar minyak. Aneh pak, negeri kaya tapi rakyat paling miskin. Fakta ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perangkaan dan UPEN pada 2007. Semua negeri masih diperintah oleh kerajaan BN kecuali Kelantan.

    Rakyat yang paling ramai keluar dari negerinya mencari pekerjaan ialah Negeri Perak diikuti Melaka, Johor dan Pahang. Bangsa Melayu yang paling ramai menjadi peniaga dan pengusaha di bandar-bandar besar ialah Kelantan. Menteri Besar yang paling bersih dan tidak rasuah diiktiraf oleh GERAK (Gerakan Anti Rasuah Kebangsaan & NGOs) ialah MB Kelantan dan lantaran itu beliau menerima anugerah Novel Keamanan peringkat Asia baru-baru ini, di Manila ( Tak akan keluar di media perdana, sebab tu orang2 UMNO tak tahu).

    Cuba-cubalah baca laporan Ketua Audit Negera supaya dapat kita bercakap dengan fakta.

  17. matureguy says:

    negeri sabah paling miskin dari sudut apa? membandingkan sabah dan kelantan yg mempunyai bilangan penduduk yg berbeza dan keluasan yg berbeza adalah bukan perbandingan yg tepat

  18. Fisabilillah says:

    umno bo kecek byk, pas mene doh, ado lg hok x kaba deh, mu x sedar diri lagi, duit kerajaan tu duit rakyat la buduh, ni kerajaan pusat x kenang budi rakyat. sekat sana sekat sini, cam ne nak kerajaan negeri nak maju, sekarangni dah sama besar dah, kita tunggu je pilihan raya seterusnya.

  19. bouncer says:

    kawe sokong blog nih …jolor kata2 nih..tadok dusta kawe semak ..kawe puas ati..
    walaupun kawe setakat belajar STPM…
    acu mikir retek sek sek kito..jgn sembrono dok mengata kokram…
    klu dari 13 negeri dah menjelajah..kawe paham benar ATTITUDE & FIZIKAL & MENTALITI org2 kito bersama PAS… ubah la..dulu kawe penyokong PAS…
    lornih kawe BEBAS ..

  20. ekudanG says:

    apo la puak2 umno ni. bila rakyat klntn terima biasiswa bantuan dr krjaan pusat mesti mengata rkyt klntan x kenang budi..sokong pas tp mengharap bantuan pusat…
    korangkan tau yg BN dok bg tu bukan duit dia tp duit peruntukan..klu satu ari klu ade rezeki pembangkang perintah m’sia korang yg sokong umno/BN x akn terima ker bantuan dr kerajaan pusat..aku pikir korang akan ambik jgakkan..sedangkan masa tu bukan duit BN tp duit kerajaan pembangkang yg sedang mmrintah.. hak kerajaan pusat adalah hak rakyat..x kira sapa memerintah..

  21. zargust says:

    assalamualaikum…maaf pada kalian…maju??byk kos yg plu kita tanggung..bukan sekadar dari segi kewangan, tapi juga dari segi sosial…kemajuan juga merubah bangsa..apa erti kemajuan kiranya anak bangsa kita tergadai maruahnya??apa gunanya kiranya ada di kalangan kita tidak pandai mengenal Quran, apatah lagi untuk mentafsir Quran??kembalilah pada islam…maju lah bersama islam…landaskan diri kita, negara kita, perjuangan kita hanya untuk islam..sewaktu kita di alam rahim, kita sudah berjanji dengan Allah bahawa kita akan memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi ini..jadi sebagai hamba, kita sepatutnya melakukan apa yang disuruh oleh Allah dalam mentadbir bumi Nya ini..Allah ciptakan bumi dan alam ini, jadi gunakan lah hukum yang ditetapkanNya untuk mentadbir..

    -solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah-

  22. zargust says:

    semua rezki itu datangnya dari Allah..bukan pas, bukan bn, bkn najib, bukan nik aziz yang berikan rezki…mari lah kita hayati islam sepenuhnya…jgn kita jauh dari islam..jangan kita membeli kesesatan dengan menjual kebenaran…

    -solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah-

  23. amy says:

    Apa? cakap Sarawak antara top 3 termiskin? hello… fakta anda salah. Sy dah pergi ke Sarawak bulan lepas. Di Bandaraya kuching saja, lagi banyak bangunan2 tinggi n maju dr Kota bharu tu. Kete diaorang besar2 tau. majoriti menggunakan kete luar mcm honda, toyota, bmw. Sama jugak dgn Bandaraya Miri, bandaraya minyak. kat sana banyak syarikat2 besar antarabangsa. Korang kene terima hakikat bandaraya kch n miri antara yang termaju setanding JB, KL.kete besaq2, rumah banglo sampai 3 tngkat. Bandaraya kch n miri pada wktu mlm sgt cantik dan indah jika compare dgn KB. I baru ckp pasal KCH, MIRI. blom lagi cite pasal SIBU. Sibu majoritinye cina..lagi kaya. Sama gak dgn Bintulu, mukah, sri aman, kota samarahan… semuanya jaoh berubah.

    1 lg yg sy respect, org sarawak ni byk beli parabola, astro. huhu, kalo dok kat smenanjong memang kene saman kalo pasang parabola. kbanyakan org sarawak pandai bertutur dlm BAHASA INGGERIS selain loghat BM sarawak, or bahasa ibunda kaum2 laen. ade yg x leh ckp BM dgn kaum2 lain, so diaorg lebih prefer BI. cube korg tengok debat BI ala parlimen sek menengah peringkat kbangsaan, asyik2 swk yg jore.

    org swk banyak budaya, manis tutur bahase, suara diaorg menyanyi bnyk lunak2 and unik mcm sbh gak, rajin mcm aktvti pertanian, boleh bertutur lebih dr 1 bahasa & sebagainya.

    So, pada sape yg kutok swk tu terima hakikat ek…ORG SWK JAOH LBH MAJU DR KELANTAN. memang kte salut kt BN kerana brjaya mengubah kehidupan org2 SWK. TGK BANDARAYA PUN DH CUKUP. KUCHING, MIRI & SIBU LAGI HEBAT DARI KOTA BHARU TAU. CAIYOK2

  24. Blog Bangang says:

    Bodo punyer blog… sama bodo dengan NAJIB MONGOLIA & ROSMAH MANSUR (RM) kikis duit malaysia…
    Stupid dope.

  25. apis says:

    apela ko ni amy..aku kerja kat jab perangkaan.serawak mmg nombor tiga paling miskin.sabah ranking no satu.ko cakap pasal kuching.daerah lain kat sarawak ko tak cakap pulak.ko pergi ker tak kawasan pedalaman serawak tu.nak hantar anak pergi sekolah pun kene menapak sampai dua jam.itu belum masuk tempat yang tiada bekalan elektrik.kemajuan negeri berdasarkan keseimbangan setiap daerahnya dan taraf pendidikkan rakyat negeri itu.tapi hakikatnya serawak negeri ketiga miskin dan antara negeri yang kaya dengan sumber asli.

    walaupun rakyat bekerja di jabatan kerajaan,tetapi mereka masih mempunyai hak untuk mengundi.pilihan di tangan mereka.bukannye kerja dengan kerajaan,kena sokong kerajaan.kalau xsokong,maka tak kenang budi.negara mana yang buat demokrasi macam tu..

    hancur sebuah negara kalau tiada pihak pembangkang.tidak kira la BN ker atau PAS yang jadi pembangkang.contohnya,takkanla bapak kita main judi,kita nak diam jer.mestila kena tegur.

    tq

  26. gen2 says:

    Biar lambat membangun,xdok bangunan pun tak mengapa.tak mati pun.Buat apa bangunan tinggi melangit jika penghuninya bukan dari bangsa & agama kita.ye tak.. Bangunan besar nak buat apa?menambahkan beban rakyat Biar miskin pembagunan,duit dalam poket tokde sapo yang tau.Pas muslim,umno melayu.aku melayu muslim.

  27. budak says:

    Astaghfirullahal’azim..psl politik punyer blh gaduh.Kata 1 m’sia,so kena bersatu la 2 prti politik tu x bleh ke?? hehe..supaya ngr stabil dr segi pembangunan & sosial remaja yg kian punah hari ini.

  28. kiki says:

    nk lambat ape ke benda..,,dah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan.,,ape yg diorg buat..,,Kerajaaan negeri patut bertanggungjawab bukan semata-mata nk bantuan kerajaan pusat sahaja tapi kerajan negeri penting lagi kalau PAS g perintah..,,

    HAnya Slogan je glamer.,,MEMBANGUn BERSAMA ISLE..,ape haram kalau membangun besama islam tapi rakyat kelantan ramai yg mengganggur cari kerja kt tempat negeri lain2 yg di perintah UMNO..,,

    ko jgn ckp UMNo ni banyak maksiat..,,UMNO tubuhkan Jabatan Agama ISlam utk mencegah maksiat..,,ingat hang tak tahu kt kelantan pon ade maksiat banyak

  29. Budak Johor says:

    Pembangkang d kelantan masih OK,tapi bila dia orgdi tempat lain.mulalah tunjuk belang.

  30. kami rakyat kelantan bahagia di bawah pentadbiran tok guru.walaupun tak sekaya mana namun kami merasai keberkatan dari Allah.ramai anak-anak kelantan masuk universiti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: