Kerajaan puas hati prestasi kewangan GLC

PUTRAJAYA: Kerajaan amat berpuas hati dengan prestasi kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti direkodkan Penerbangan Malaysia (MAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom. PUTRAJAYA: Kerajaan amat berpuas hati dengan prestasi kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti direkodkan Penerbangan Malaysia (MAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata keseluruhannya GLC menunjukkan prestasi baik, kecuali Proton Holdings Bhd yang dijangka rugi.“Sangat berpuas hati dengan MAS, Tenaga, Telekom… mungkin Proton rugi sedikit dan ini kita sudah jangka dan kita mula merancang strategi mengatasi masalah Proton,” katanya selepas majlis serah tugas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Izzuddin Dali kepada Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah di Kementerian Kewangan, di sini, semalam.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan mengumumkan rakan kongsi strategik Proton menjelang akhir Mac ini selepas pelbagai pihak termasuk syarikat permotoran dunia berminat menjadi pelabur bersama.

Bulan lalu, Nor Mohamed dilaporkan mengesahkan syarikat automotif terbesar dunia, General Motors Corp (GM) menyatakan minat kepada kerajaan untuk menjadi rakan kongsi strategik Proton Holdings Bhd.

Sebelum ini, kerajaan mengesahkan sedang berunding dengan Volkswagen AG dari Jerman dan PSA Peugeot Citroen dari Perancis ke arah mendapatkan rakan kongsi strategik untuk Proton Holdings.

Selain itu, tiga syarikat tempatan iaitu DRB-Hicom Bhd, Kumpulan Mofaz dan Kumpulan Naza dilaporkan mengemukakan cadangan mengambil alih kepentingan kerajaan dalam pengeluar kereta nasional itu.  

3 Responses to Kerajaan puas hati prestasi kewangan GLC

  1. man says:

    ye la… kerajaan je puas hati… rakyat macam mana.?? harga barang semua naik.. tol naik , lektrik naik , air naik , petrol naik , barang runcit naik, barang basah naik dan bole kata semua benda la naik.

    TNB mula-mula kata rugi dan lepas tu umum naikkan tariff lektrik kemudian umum untung… rakyat le yg tanggung beban. Sama juga dengan Syabas (air) kata terpaksa naikkan tariff air sebab dah belanja 1 bil utk pasang paip baru.. sepatutnya belanja pasang paip tak sepatutnya 1 bil.. terdapat unsur “adjust” disitu dan perbelanjaan itu sememangnya patut ti tanggung oleh syabas bukannya rakyat. Harus diingat kemudahan asas adalah tanggungjawab Kerajaan bukannya rakyat. Banyak lagi perkara yg tidak betul di dalam GLC dan GLC mungkin diuruskan oleh orang yang tidak betul

    Sepatutnya satu mekanisme utk mengawal harga telah lama diadakan.

    Janganlah berbangga dengan prestasi kewangan GLC jika rakyat yang menjadi mangsa

  2. man says:

    manja betul la….
    tak bole kena tegur.. asik tapis je…
    jaguh kampung betul

  3. adijagat says:

    bangang punya blog…
    asik nak tapis je komen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: