Pemecatan jejas masa depan Keadilan Kelantan

KOTA BHARU 1 Mac –Dua orang bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang ditamatkan perkhidmatan sebagai penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyifatkan tindakan itu akan memburukkan masa depan parti itu di negeri ini.
KOTA BHARU 1 Mac –Dua orang bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang ditamatkan perkhidmatan sebagai penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyifatkan tindakan itu akan memburukkan masa depan parti itu di negeri ini.

Bagi mereka, langkah mengejut yang diambil oleh kepimpinan PKR negeri dengan mengemukakan nama baru kepada kerajaan Pas Kelantan tidak sepatutnya dilakukan sekarang ketika tumpuan sepatutnya terarah kepada menghadapi pilihan raya.

Bekas Timbalan Pengerusi PKR negeri, Saufi Daud yang kecewa dengan tindakan menamatkan khidmatnya sebagai Penyelaras Parlimen Tanah Merah berkata, beliau mengambil sikap tunggu dan lihat langkah susulan pihak atasan berhubung pergolakan yang berlaku.

“Saya belum membuat apa-apa keputusan berhubung masa depan saya dalam politik.

“Saya sudah lama berlembut dengan tindakan kepimpinan PKR negeri selama ini tetapi tahap kesabaran ada batasnya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Katanya, pergolakan yang terus berlaku dalam parti itu hanya akan menghakis imej dan kepercayaan kerajaan negeri dan juga rakyat.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai PKR Kelantan yang terus bergolak apabila dua bekas pemimpin parti itu ditamatkan perkhidmatan sebagai penyelaras DUN dan Parlimen.

Laporan itu menyebut khidmat Saufi dan Nik Hassan Nik Ya sebagai penyelaras DUN Nenggiri tidak lagi disambung dalam proses pelantikan secara tahunan itu manakala komitmen pengganti mereka terhadap parti dipersoalkan.

Penamatan perkhidmatan mereka bagi jawatan yang dikaitkan sebagai calon pilihan raya menimbulkan bantahan Angkatan Muda PKR Kelantan yang meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat campur tangan.

Saufi yang pernah menjadi ahli Parlimen Tanah Merah selama satu penggal atas tiket Keadilan pada tahun 1990 dan dilantik sebagai Ketua Bahagian PKR Tumpat, manakala Nik Hassan merupakan bekas Setiausaha PKR negeri dan bekas Ketua bahagian Pasir Puteh.

Menurut Saufi, beliau merasa kecewa bukan kerana gilakan kuasa dan jawatan tatapi jawatan penyelaras itu penting kerana ia adalah satu usaha mendampingi rakyat dan itulah yang dilakukannya selama ini.

“Pemecatan saya daripada jawatan Timbalan Pengerusi Keadilan negeri sebelum ini tidak menjadi soal kerana ia jawatan politik tetapi penamatan sebagai penyelaras ini, menyedihkan,” katanya.

Nik Hassan pula ketika dihubungi berkata, beliau menerima kenyataan itu dengan rela tetapi merasa agak sedih kerana tidak dapat meneruskan khidmatnya dalam memenuhi agenda perjuangan parti yang telah disusun dan digerakkan.

“Ini sebenarnya masalah dalaman parti dan saya percaya pucuk pimpinan dapat menyelesaikannya kerana ia berkait dengan kelemahan kepimpinan peringkat negeri,” ujarnya.

7 Responses to Pemecatan jejas masa depan Keadilan Kelantan

  1. azmi says:

    caya lahh pak lah.
    mcm nie r peminpin kiter..

  2. ujang says:

    pecat seberapa ramai ygt boleh..biar keadialan bt parti utk diri sndri..aper bodoh r parti keadilan..!!!

  3. pak sheih says:

    blog bodoh cam nie tak buat pun tak pa, ambik dr akhbar saja,stupid tajaan punya blogger

  4. gmansayong says:

    pak sheih, bukan bodo. itu namanya mengumpulkan maklumat2 dari akhbar2…

  5. sarkas says:

    kira bodo la tu…
    tak ada idea sendiri… nak kerja senang copy dari akhbar..

    asal bole dapat duit buat je la… tak pernah fikir pasal maruah dan integriti diri

  6. gmansayong says:

    aluu sarkas..!!
    bukan bodo r..
    fakta dr akhbar r yg boleh d percayai..bukan nk kutuk r tapi mmg dh realiti..
    kitorg bt bkn untuk didyr..tp untuk membela org yg d fitnah..

  7. is says:

    A`kum…saya di sini igin memberi sedikit cadangan supaya negeri2 yg kita menagi,
    melakukan hukum hudud kerana dgn itu ALLAH lebih sayang pada kita semua, kerana semuanya telah tertulis di dalam AL-QURAN NUR KARIM, jgn sampai kita di binasakan oleh kaum yahudi,nasrani & majusi, mahukah kita jika pemimpin2 kita tidak laksanakan di akhirat sana akan ditanya, mana2 parti asyik berkata pasal melayu knp tidak ISLAM, orang2 islam telah byk sesat dari landasan islam, apa2 hukuman semuanya di selesaikan dgn wang ringgit.
    Sebenarnya wang byk mana pun tidak penah cukup bila kita tak laksanakan hukum ALLAH, knp dgn org islam sekarang begitu takut dgn manusia, knp tak takut dgn ALLAH??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: