HADI LIDAH BERCABANG

Dasar ‘lidah bercabang’. Ungkapan itu terlalu sesuai di tujukan kepada Presiden Pas Datuk Seri Hj Hadi Awang apabila mempertikaikan corak kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. 

Semasa di bawah pemerintahan Tun Mahathir , Pas begitu lantang mencerobohi keupayaan kepimpinan beliau dengan  melemparkan pelbagai tohmahan dan persoalan mengenai corak pemerintahan kerajaan semasa di bawah kepimpinannya

Boleh di katakan hampir setiap hari akhbar harakahdaily mengeluarkan fitnah dan cacian terhadap bekas PM Malaysia itu. Ada sahaja yang tidak sedap di dengar dan di pandang oleh mereka. Apabila di Parlimen pula , Ada sahaja yang menjadi bualan dan persoalan serta terlalu banyak bantahan yang dikeluarkan terhadap corak pemerintahannya masa itu.kebanyakan usul-usul yang di bentangkan akan menjadi sebuah perdebatan antara Pas dan Kerajaan Persekutuan kerana mereka punya sifat iri hati dan dengki terhadap sebarang pembangunan yang di rancangkan.

Kini Pas mula memuji kredibiliti Tun semasa beliau memerintah negara dan mempertikaikan pula karisma kepimpinan antara Tun dan Pak Lah. Adakah ini salah satu cara parti itu untuk meretakkan hubungan antara kedua pemimpin kita dan hendak melaga-lagakan antara mereka. Islam tidak mengajar umatnya bersikap sedemikian rupa.

Tidak kira lah di bawah pentadbiran Tun mahupun Pak Lah , keduanya diibaratkan Imam kepada negara kita kerana menerajui dan membawa malaysia supaya di pandang tinggi oleh negara luar serta memantapkan lagi pembangunan Ekonomi yang semakin hari semakin baik dan lebih stabil berbanding dahulu.

Jadi di sini tidak timbul lah isu siapa yang lebih baik kepimpinannya baik Tun atau Pak Lah kerana kita sebagai rakyat mesti menyokong dan membantu PM kita.

Memang di akui mantan PM negara seorang yang berkarisma tinggi dan berpandangan jauh dalam mentadbir negara , tiada bezanya dengan Pak Lah. Malahan kemampuan mereka ada keistimewaan tersendiri.

Apa yang dapat wak lihat semasa pemerintahan PM lepas , beliau lebih ke arah pembangunan negara dari segi insfratruktur dan di penuh kan dengan bangunan pencakar langit. Mungkin supaya negara kita  dipandang tinggi oleh negara-negara luar. Mungkin dengan cara membangunkan kemudahan insfratruktur dapat membuka mata luar supaya menjadikan negara kita sebagai tempat pelaburan bagi pelabur-pelabur asing. Boleh dikatakan juga , strategi pembangunan yang beliau rancangkan lebih berkonsepkan ke arah Metropolitan.

Berbeza pula dengan konsep yang di ketengah kan oleh Pak Lah , beliau lebih mementingkan untuk membangun ekonomi rakyat. Bukan itu sahaja , Konsep pertanian kini dijadikan salah satu sumber ekonomi negara adalah jalan yang terbaik.

walaupun ada banyak pihak yang menentang Pak Lah , kononnya di katakan kita kembali ke arah zaman kuno kerana ketengahkan konsep pertanian. Itu adalah salah satu strategi beliau dan  strategi yang di gunakan adalah untuk kesenangan bersama.

Penduduk di luar bandar di kala ini boleh di katakan senang dengan perancangan pembangunan , sosioekonomi , malahan pertanian yang di rancangkan membangun bagaikan cendawan tumbuh.

Kini Pak Lah sudah terlalu banyak berkorban untuk menaikkan ekonomi malaysia dan pembangunan yang lebih terancang. Malahan graf kemiskinan penduduk malaysia juga semakin berkurangan terutama sekali penduduk di luar bandar.

Keupayaan dan pengorbanan Pak Lah terhadap negara tidak perlulah di jadikan isu. Sepatutnya kita bersama membantu beliau dalam mentadbir negara , bukan dengan hanya menabur fitnah dan di bentangkan tohmahan.

Yang sebenarnya , Pas dari dulu lagi memang tidak menyokong sesiapa sahaja Perdana Menteri samada Tun atau Pak Lah. Semasa pemerintahan Tun begitu hebat kecaman yang di buat , kini zaman Pak Lah juga mereka kecam sehebatnya. Kalau diletakkan kayu sebagai Perdana Menteri juga mereka akan kecam. Mereka tidak boleh menilai mana kayu dan mana pemimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: