Pas buta sejarah.

Geli hati penulis apabila membaca keratan akhbar harakahdaily apabila Penerangan Pas pusat iaitu Ishak Surin dan Wan Khazim menyatakan UMNO hanya di sedekahkan oleh British tanpa memperjuangkan sebarang perjuangan untuk menuntut kemerdekaan pada tahun sebelum kemerdekaan ketika itu. 

Memang jenis manusia yang buta tentang sejarah kemerdekaan , tetapi masih berminat untuk mempertikaikan serta berhujah mengenainya. Jika hanya fakta am sahaja yang di ketahui mengenai sejarah kebangkitan UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan,  usah lah mengatakan Parti UMNO ‘di sedekahkan’ oleh pihak british.

 

“UMNO bukannya pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan, ia hanya disedekahkan merdeka oleh pihak British selepas kelompok pejuang sebenar di tangkap penjajah,’ tegas Pak Wan Khazim

 

Petikan di atas menerangkan bahawa mereka tidak tahu apa-apa mengenai perjuangan UMNO dalam era kemerdekaan. Bak kata orang dulu-dulu, mulut mereka ini memang patut di tenyeh cabai.

 

Izinkan penulis untuk menceritakan sedikit mengenai kewujudan UMNO yang di katakan telah ‘disedekahkan’ oleh pihak British.

 

Satu perhimpunan besar-besaran yang di kenali sebagai kongres melayu se-malaya pertama telah diatur oleh persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 mac 1946 dan seramai 41 pertubuhan melayu telah menghantar wakil masing-masing.

 

Datuk Onn Jaafar daripada Persatuan Melayu johor telah dipilih sebagai pengerusi Kongres. Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres iaitu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu , membantah Pertubuhan Malayan Union dan mengadakan derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

 

Datuk Onn Jaafar merupakan salah satu jawatankuasa telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk di bentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak

Walaupun mendapat bantahan hebat daripada kaum melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946. orang-orang melayu dan pertubuhan melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union.

 

Pada 11 Mei 1946 , Perhimpunan Agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO berlansung di Istana Besar Johor Bahru dan perlembagaan telah di luluskan dan di terima oleh para peserta dan lahirlah UMNO secara rasmi.

 

Pada tahun 1946 ,Parti pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar untuk menentang Malayan Union yang menjajah Tanah Melayu ketika dan beliau telah mencadangkan usul agar Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari pihak British dan mahukan sebuah Negara yang boleh ‘berdiri di atas kaki sendiri’ tanpa sebarang penjajahan.

 

Kewujudan UMNO ketika itu adalah untuk merealisasikan serta menyambung apa yang di perjuangkan oleh pejuang-pejuang Negara yang banyak terkorban dan bertumpahkan darah ketika itu semata-mata mahu menuntut kemerdekaan agar tanah air bebas dari sebarang penjajah.

 

Kebangkitan dan misi perjuangan UMNO untuk menentang dan berjuang bagi mencapai kemerdekaan sedikit sebanyak telah menyemarakkan semangat nasionalisme  masyarakat Tanah Melayu untuk bersama-sama dalam membantu agar hasrat kemerdekaan di tanah air sendiri tercapai.

 

Akhirnya, Tanah Melayu berjaya memperoleh kebebasan yang diperjuangkan selama ini dan UMNO merupakan Parti yang banyak membantu dalam mencapai kemerdekaan.

 

Sedarlah rakyat Malaysia, bukan senang untuk mencapai kemerdekaan, di kala ini kita hanya mengecapi kebebasan yang di perolehi 50 tahun lalu, kita tidak merasai bagaimana anak bangsa mempertahankan maruah tanah air selepas begitu lama di jajah. Gunakanlah kebebasan ini dengan sebaiknya untuk Negara. Bukan hanya omong kosong seperti Pas.

wakden

2 Responses to Pas buta sejarah.

  1. victoria says:

    hi there,

    I think you better do more research before submitting your meaningless points. First you need to clear the biased attitude before making your statement and then make a unprejudiced comparisons with the historical facts of Malaysians struggles for the Independence. There are many angles of historical-political study and the many points of views you might like to consider. For instance – there is a blog about 10 tahun sebelum merdeka – you may also get the impormation from British Library which holds more accurate information of what really happened in tanah Melayu before 1957. Happy researching!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: