Husam Musa Bermimpi Di siang Hari.

Hentikanlah angan-angan mat jenin anda wahai Saudara Husam Musa . Apa yang Pas mampu lakukan selain angan-angan yang tidak berkesudahan. Bukan mudah seekor kijang untuk menumbangkan sekumpulan gajah. Malahan beliau mensasarkan jumlah yang agak tinggi untuk memperoleh kerusi pada pilihanraya akan datang.

 “Pada tahun 2004, rakyat berasa euphoria, sebab terlalu lama berada di bawah pemerintahan seorang Perdana Menteri (PM) dan dalam tempoh 22 tahun itu, banyak berlaku konflik. Maka perasaan untuk meraikan perubahan itu wujud di kalangan rakyat dan membuatkan mereka memberi mandat terbesar kepada BN dengan keyakinan untuk menjayakan beberapa perubahan pentadbiran ke arah kebaikan rakyat”.

Petikan di atas di petik dari wawancara Mingguan Malaysia bersama YB Datuk Husam Musa. Jelas sekali beliau mengatakan pengunduran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lalu di katakan berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan selepas 22 tahun di pimpin dan terlalu banyak konflik yang berlaku. Walhal pengunduran Tun kerana beliau dapat melihat kreadibiliti kepimpinan yang ada pada Pak Lah untuk memimpin Negara dengan cara kepimpinan dan coraknya yang tersendiri. Adakah petikan di atas merupakan kesinambungan yang bakal berlaku pada pilihanraya akan datang dengan mensasarkan jumlah yang tinggi untuk Pas?

YB Datuk Husam Musa merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang baru-baru ini telah menyatakan pada wartawan Mingguan dengan penuh rasa yakin menyatakan Pas akan memenangi 40 kerusi pada pilihanraya akan datang.

“Fokus kepada 40 kerusi saya ibaratkan sebagai pendekatan yang merendah diri. Jika rakyat kata tidak cukup dan ahli kata mesti lebih, maka dia (rakyat) kena tingkatkan gerak kerja pilihan raya.
Sudah tentu Pas sendiri akan bertanding lebih daripada 40 kerusi. Cuma tumpuan diberikan kepada 40 kerusi. Dalam teori pengurusan, tumpuan boleh memberikan kemenangan.”

Mengingatkan semula tahun 1999 apabila UMNO mengalami krisis dalaman , tetapi pas hanya mampu memenangi 27 kerusi sahaja di Dewan Rakyat , kini berhasrat untuk menduduki 40 kerusi pula pada pilihanraya akan datang ini. UMNO megalami krisis pun Pas masih tidak dapat menandinginya, inikan pula kedudukan UMNO semakin teguh bersama kepimpinan Pak Lah ketika ini. Tercapaikah hasrat Husam Musa?

Bukan itu sahaja, malahan beliau juga mempertikaikan betapa tidak relevan kepimpinan kerajaan di semua peringkat dan memungkiri janji-janji yang telah di beri.

“Contoh ketidaksamaan antara apa yang dijanji dengan apa yang dilaksanakan, kerajaan beri kenaikan gaji kepada kakitangan awam tetapi kemudian diumumkan VSS, wilayah pembangunan Iskandar yang meresahkan orang Melayu apabila dihadkan pemegangan aset dan tanah mula dijual kepada pihak Singapura”.

Hah, tersenyum sebentar penulis apabila Husam Musa mempergunakan alasan di atas untuk meraih undi simpati daripada rakyat. Adakah petikan di atas boleh dikatakan sebagai senjata untuk untuk menagih undi? Adakah ‘senjata’ di atas boleh meyakinkan Husam untuk meraih 40 kerusi akan datang?

Pengumuman VSS di dalam kakitangan awam dilakukan adalah untuk mencapai standard dan kualiti kerja yang di perlukan semata-mata untuk bersaing dengan kepesatan dan kemajuan Negara kala ini. Tiada gunanya masih menyimpan kakitangan awam yang hanya makan ‘gaji buta’ tetapi attitude masih di tahap yang membimbangkan. Kerajaan mahukan kualiti bukannya kuantiti.

Menyentuh mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar pula , penulis sendiri telah berkunjung ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dan berhasrat untuk menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan negeri telah menjual tanah kepada singapura adalah tidak benar sama sekali. Singapura hanya berperanan sebagi pelabur sahaja malah pelaburan yang di benarkan untuk singapura hanyalah kosong perpuluhan lima peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan peruntukan pelaburan untuk WPI.

Dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan tanah johor dijual kepada singapura hanyalah dakwaan yang ingin menjatuhkan kerajaan semata-mata. Gunakanlah senjata yang berasaskan fakta serta logik dek akal untuk menghentam kerajaan wahai Saudara Husam, usahlah menggunapakai dakwaan yang boleh membuatkan anda digelak oleh rakyat Malaysia.

Selain angan-angan beliau bahawa Pas akan memenangi 40 kerusi, Beliau juga masih berhasrat untuk bertanding di luar Kelantan, sungguh tinggi cita-cita Husam Musa. Masih bermimpi di siang hari rupanya saudara Husam Musa ini.

“Saya meletakkan kedudukan saya ditentukan oleh parti, walaupun saya ada hasrat untuk bertanding di luar Kelantan seperti di Putrajaya atau di Wangsa Maju.”

Nasihat kepada Husam Musa, hentikanlah angan-angan anda. Carilah jalan untuk memperbaiki dan mengukuhkan kedudukan anda di Kelantan kerana sekumpulan gajah akan berusaha untuk memiliki kembali tanah Kelantan malahan rakyat Kelantan kini sudah mula bersuara mahukan perubahan setelah sekian lama berada di bawah tampuk pimpinan Pas, tetapi masih belum menampakkan perubahan yang di inginkan oleh rakyat di sana. Usahlah bercita-cita tinggi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: