Tony… keluarlah dari telur Pet.

Apa dah jadi dengan pemikiran rakyat Malaysia hari ini. Dalam kepala asyik nak menghentam orang lain dan pastikan orang yang di hentam akan dianiayai secukupnya. Pengadilan katanya. Kalau sebelah pihak  kena hentam, pihak yang mengenakannya pasti akan terkena juga.

Inilah lumrah dan realiti yang terjadi antara kpmu, raja petra(Pet) dan Pua Kiam Wee atau nama manjanya Tony Pua.

Izinkan wak menceritakan secara pendek apa yang berlaku lewat ini.

Begini, salah faham telah berlaku antara Pet dan kpmu  kerana Pet menuduh KPMU racist dan Pet telah berjaya memutarbelitkan fakta yang ditulis oleh KPMU dengan mengatakan kpmu mengutuk agama kristian dan mengatakan agama kristian sebuah agama yang social dan rosak. Dan kejayaan memutarbelitkan fakta telah Berjaya mempengaruhi kepala si Tony Pua.

Kemudian Pet ditahan untuk disoal siasat oleh pihak polis kerana menghina agong. Nasib baik ada hero yang bernama Muhammad Taib berani membuat laporan polis kerana tercabar apabila agong kita yang melambangkan ketua agama di hina oleh si Pet.

Biarkan lah, itu cerita lama yang berlaku 2 3 bulan lepas.

Cerita si Tony Pua ni pula, baru-baru ini dia telah membuat laporan polis terhadap kpmu kononnya kpmu dikatakan telah mengutuk agama kristian dengan pelbagai kutukan yang tidak berasas terhadap agamanya (walaupun ianya tidak benar sama sekali) walaupun artikel itu sebenarnya mengutuk kehidupan si Pet.

Wak sendiri telah melihat laporan polis yang di buat oleh Tony Pua.

Tetapi baru-baru ini negara dikejutkan dengan serangan lagu yang diubahsuai oleh pelajar Malaysia anak jati muar yang melanjutkan pelajarannya di Taiwan bernama Meng Chee atau nama manjanya namewee telah mengubahsuai lagu negaraku menjadi lagu rap.

Lirik lagu tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melaysia secara terang terangan mengutuk azan agama islam dan kerajaan Malaysia.

Pelbagai cacian ditulis dalam lirik tersebut dengan mengatakan azan subuh seperti ayam berkokok dan kerajaan Malaysia berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab. Banyak lagi yang dikatakan dalam lagu tersebut sehingga wak tidak sanggup lagi untuk menceritakan betapa teruknya lirik lagu tersebut.

Kini, Tony Pua cuba mempertahankan pelajar terbabit dari ditahan oleh kerajaan Malaysia walaupun secara terang terangan pelajar terbabit  bersalah mengubahsuai lagu negaraku menjadi negarakuku.

Begitu banyak alasan yang tidak munasabah diberikan oleh si Tony Pua semata-mata untuk mempertahankan pelajar terbabit dari ditahan dan di soal siasat oleh kerajaan Malaysia. Alasannya kerana pelajar tersebut tidak tahu bahawa lagu tersebut boleh mendatangkan kontroversi.

Come on lah Tony, belajar dah sampai luar negara takkan tak boleh fikir mana baik mana buruk. Umur budak  tu pun dah 24 tahun, mustahil masih tak boleh berfikir.

Alasan kedua yang diberikan kerana  pelajar tersebut masih belum matang untuk menilai apa yang telah dilakukan. Geli hati wak mendengarnya, masih belum matang katanya. Kalau di beri perempuan untuk si namewee tu, dah bunting budak perempuan tu dikerjakannya.

Tony… kenapa mesti pertahankan orang yang menghina agama orang lain dan cuba memberi pelbagai alasan supaya pelajar itu tidak ditahan. Tak tau baca ke apa yang pelajar tu tulis dalam lirik lagunya.

Bila artikel kpmu yang diputarbelitkan oleh si Pet, pandai pula membuat laporan polis supaya penulis artikel itu di tahan kerana menghina agama kristian. Kau tu yang bodoh Tony, Pet dah Berjaya memutarbelitkan kepala kau dengan artikelnya. Namewee menghina agama islam apa pula ceritanya? Mahu kami mendiamkan diri?

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Vice Chairman DAP Mr Norman Fernandez baru-baru ini mengatakan tidak kira apa status seseorang itu dalam politik atau apa pun agamanya, kita di larang sama sekali menghina agama orang lain.

Orang DAP sendiri mengeluarkan statement begitu, better u balik belajar sivik dulu Tony sebelum melangkah masuk ke political journey. Jangan bersifat berat sebelah, yang bersalah tetap bersalah. Dah bersalah, terima sahaja hukumannya.

Tony, dah lama sangat kau duduk bawah telur Pet, keluarlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: