Perang Rafidah dan Azalina bermula!

Dipetik dari Norzah Kepol
Wanita Post

Akhirnya dapat juga Dato’ Seri Rafidah Aziz melemparkan bom jangka kepada Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan musuh tradisi dengan isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Cuma ini cara Rafidah mahu bergasak dengan Azalina selepas bekas Ketua Puteri UMNO itu boleh terlepas merasmikan 22 mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO pada Ogos lalu.

Ramai berpendapat Rafidah bukan sahaja melemparkan bom jangka juga kenyataan membabitkan KBS diangap mencampuri rumahtangga kementerian itu. Kenapa Rafidah geram sangat dengan Azalina? Padahal banyak kementerian lain didapati membazir selain dari KBS? Sudah tentulah ini ada kaitan dengan perasaan cemburu, iri hati dan marahkan bekas pemimpin Puteri berkenaan. Memang sejak dulu Rafidah tidak sukakan penubuhan Puteri dan mahukan pergerakan itu ditadbir cara kelab. Tapi pucuk pimpinan pada waktu itu, Tun Dr Mahathir mahukan label Puteri sama tarafnya dengan Naib Presiden UMNO. Memang marahlah Rafidah. Kemarahan Rafidah kepada Azalina bukan disebabkan oleh faktor kepimpinan atau sebagainya tapi dilihat ramai pihak menjurus kepada isu peribadi.

Apabila Rafidah mengkritik pentadbiran KBS secara tak langsung orang ramai sudah dapat menilai ini bukannya kritik pentadbiran tetapi sebagai satu alasan untuk memburuk-burukkan imej Azalina. Rafidah dan orang-orang kanannya melihat Azalina sebagai musuh perlu ditentang habis-habisan agar jangan berpeluang duduk di kerusi Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Terlepasnya Azalina merasmikan 22 Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO sebagai bukti pemimpin tersebut mula mendapat kepercayaan dari segelintir ketua-ketua wanita bahagian. Rafidah tidak mahu Azalina popular di kalangan Wanita UMNO itu sebabnya dalam kes perbelanjaan melibatkan kementerian Azalina ditalunya habis-habisan padahal banyak kementerian lain juga terbabit.

Itu sebabnya kita minta Rafidah rasionallah. Dunia dan negara tahu kehebatan Rafidah tapi janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri. Cukuplah apa yang berlaku kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Suleiman sehingga dianiaya dan berlaku penipuan undi semasa pemilihan jawatan Wanita UMNO pada 2000. Kerana mahu memenangkan Rafidah sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada tahun 2000 sehingga sanggup melakukan penipuan undi oleh pihak tertentu.

Kini selepas Siti Zaharah, Rafidah berperang pula dengan Azalina. Kalau benar Azalina mempunyai rekod peribadi yang buruk kenapa Rafidah tidak bentangkan bukti yang sahih? Kenapa main tuduh –tuduh sehingga menampakkan karektor dan sikap Rafidah yang angkuh dan sombong. Seolah-olah mahu menyandang jawatan ketua wanita sehingga mati. Rafidah kena rasionallah kalau mahu tampil menjadi juara jadilah juara yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan. Janganlah mahu bergaduh dengan Azalina belum mampu menyaingi kehebatan Rafidah. Tapi kita percaya masa depan politik Azalina tidak terletak di tangan Rafidah tapi di tangan Allah. Andaikatalah Pak Lah mahukan Azalina sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah nak cakap apa?

Ramai tahu tentang tujuan Rafidah membelasah Azalina pasal isu perbelanjaan dalam KBS tapi janganlah keterlaluan sangat. Rakyat melihat dan menilai siapa Rafidah? Sehingga sekarang pun Rafidah tidak menyiasat dakwaan politik wang membabitkan Faridah dan Seripah Noli padahal Rafidah tahu wujud amalan itu dalam pergerakan ini? Kenapa Rafidah tidak siasat siapa yang menaja perbelanjaan rombongan Wanita pergi ke Korea dan Umrah? Ramai tahu Rafidah benci budaya meminta-minta dalam Wanita UMNO tapi kenapa dok diam atau tutup mata bila melibatkan Penolong Setiausahanya? Adakah Rafidah sendiri membenarkan Penolong Setiausahanya membawa rombongan wanita ke luar negara dan sebagainya? Atau Rafidah terpaksa membenarkan Penolong Setiausahanya berbuat apa sahaja kerana Faridah tahu segala rahsia Rafidah. Rafidah kena simpan Faridah baik-baik.

Di kalangan pemimpin Wanita tahu karektor Faridah. Faridah bukan menjaga kepentingan semua Wanita UMNO sebaliknya menjaga kepentingan Rafidah. Itu sebabnya bila Datuk Wira Syed Ali, Ketua UMNO Bahagian Cheras mendedahkan disiplin Faridah kepada kepada pengetahuan umum tiada suatu tindakan susulan pun dikenakan kepada Rafidah. Memang Rafidah sayangkan Faridah setengah mati walaupun rekod perkhidmatannya sudah buruk di mata rakyat,

Justeru kita tidak mahu menyentuh isu perbelanjaan KBS sebaliknya mahu memaklumkan kepada Rafidah jangan campuri kementerian orang lain. Jagalah kementerian beliau dengan baik dan biarlah Azalina mengorak langkahnya untuk menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO akan datang. Kita percaya Pak Lah akan memberikan restu Azalina bertanding apa jawatan sekalipun. Pak Lah tahu Wanita UMNO tidak akan melayan anggota Puteri seperti anak mereka tetapi sebaliknya melayan Puteri seperti madu mereka.

One Response to Perang Rafidah dan Azalina bermula!

  1. abghalim says:

    Sebagai ahli UMNO aku cadangkan biar dua dua letak jawatan.Mereka ini dengan ALLAH pun tak heran tambah pula dengan manusia.Masa DR M letak jawatan MENAGIS macam MAWA.Lani apa dah jadi.SEBAB itu aku tak suka pemimpin UMNO dizaman PAK LAH iman hadhari.Harap PAK LAH kalah dan datuk najib naik pula.Aku sokong NAJIB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: