Malaysia Today dedalu jahat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakyat Malaysia dengan harapan semuanya sihat sejahtera hendaknya. Saya bukan lah untuk membebel panjang lebar dalam penulisan ini, tetapi hanya meluahkan apa yang terlintas di fikiran sebagai pemerhati politik di Negara ini.

Sebelum memulakan kerja di awal pagi, saya merupakan antara orang yang gemar melayari web Malaysia Today (MT) dan kpmu.net untuk mengetahui cerita-cerita politik panas yang berlaku dalam Negara.

 

Selepas laporan Tan Sri Mohamed Mohd Taib terhadap pemilik MT Raja Petra, kedua halaman web ini begitu asyik mempertahankan ideologi masing-masing. Malaysia today seperti biasa akan menegakkan benang yang basah walaupun terdapat artikel mereka yang keterlaluan seperti menghina institusi raja dan sebagainya.

Ternyata laman maya itu tidak pernah serik. Walaupun beberapa kali mendapat kecaman diatas pembohongannya itu namun hingga kini, ada sahaja artikel yang disiarkan mereka masih mahu menghentam kepimpinan kerajaan.

Manakala, kpmu.net pula sehingga kini masih mempertahankan kerajaan dan terus membongkar permainan busuk politik pembangkang. Seterusnya, kekal menjadi web yang menegakkan kebenaran disamping menidakkan tuduhan melampau dari blogers-blogers pro pembangkang.

Tetapi sejak akhir-akhir ini dan yang menjadi persoalan pada diri saya ialah mengapa sejak kebelakangan ini, laman MT sudah tidak seperti dulu lagi? Blogers-blogersnya amat mudah melenting sekali…

Setiap artikel yang akan dikeluarkan untuk menghentam tokoh kesayangan mereka, pasti akan dijawab dengan nada emosional. Jelas sekali penulisnya sudah tidak dapat mengawal perasaan mereka.

Kini, artikel dalam Malaysia Today dilihat banyak di copy and paste dari harakahdaily.Kemana hilangnya taring MT? betul lah pertanyaan penulis-penulis kpmu.net, ‘Pet, telor mana’? .

Setiap pagi saya akan membuka website akhbar untuk mengetahui isu terkini, samada dalam atau luar negeri. Tetapi MT nampaknya seperti membayar royalty kepada Harakahdaily untuk bahan bacaan harian. Banyak nya duit MT sehinggakan sanggup memberikan gaji buta pada penulis mereka.

Ataupun MT sudah sain proxy dengan Harakahdaily untuk menggunakan segala kemudahan yang ada padanya. Kalau begitu, lebih baik tutup lah website anda kerana setiap hari, 3 atau 4 artikel pasti ada yang dipetik dari harakah.

Dahulunya, Malaysia Today dikatakan pernah mengutuk artikel yang dikeluarkan oleh Pas dan Harakah seolah-olah ada sahaja yang menyakitkan mata mereka. Ketika itu, Malaysia Today dilihat lebih cenderong menyerapkan unsur-unsur sekularisme, ini berbeza dengan Harakah yang kearah Islamic.

Tetapi kini Malaysia Today seperti hilang perjuangan sebenar. Mereka dilihat mula memancing untuk berbaik-baik dengan harakah pula. Banyak artikel yang boleh dianggap menarik pasti akan dipetik dan dimuatkan dalam MT.

Geli hati melihat telatah yang mula digunakan oleh MT untuk memikat hati Akhbar Islamic itu. Dahulunya mengutuk harakah seolah-olah dia sahaja yang betul, tetapi kini menyokong perjuangan mereka. Adakah MT sudah berminat untuk bersama Pas?

Mulai hari ini Raja Petra & Co boleh mulakan kerja di lidah rasmi Pas itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: