Karenah M.Kayveas

Penulis: Jalak Lenteng

Baru-baru ini, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas yang menghantar surat kepada jawatankuasa pengurusan BN mengenai tuntutan penambahan kerusi untuk PRU akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak memberi tekanan dalam membuat tuntutan pertambahan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

PPP bukan sahaja menuntut penambahan sebuah kerusi, malah turut berhajat untuk mendapatkan empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apa sahaja tuntuan dan cadangan mestilah melalui cara betul kerana sejak sekian lamanya, perpaduan di dalam BN telah terjalin, dan perpecahan dalam BN tidak seharusnya berlaku.

Jika Datuk M. Kayveas sudah tidak berminat menyertai dan memperjuangkan agenda BN, dinasihatkan agar beliau mencari parti lain yang dirasakan sesuai dan boleh melayan karenah mengada-ngadanya.

Malahan Kaveyas turut memberi kata dua kepada PPP sekiranya permintaan mereka tidak dilayani, PPP akan meninggalkan pakatan BN.

Janganlah disebabkan sebuah parti komponen BN mahukan penambahan kerusi, perpaduan yang wujud dalam Parti Barisan Nasional berpecah belah.

Adakah tuntutan penambahan kerusi tersebut hanya sekadar mencari publisiti murahan untuk PRU akan datang?

Pak Lah yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional menyatakan, pihak pembangkang sememangnya menunggu keruntuhan dan perpecahan dalam dalam BN dan sentiasa mahukan BN dalam keadaan berpecah belah.

Beliau juga yakin bahawa rakyat akan sentiasa memberi sokongan sepenuhnya terhadap BN disebabkan kekuatan yang ada pada BN serta mampu memberi kemajuan kepada rakyat dan Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: