Populariti bukan jalan Khairy

Penulis: Wakden 

Jangan lah dek kerana pak mentuanya Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin disalah tafsirkan oleh beberapa pihak yang bersifat dengki dengan perjuangan beliau dalam memainkan peranan dalam media mahupun dalam organisasi UMNO sekalipun. 

Pemimpin yang ditelan zaman dan dimamah usia di suruh meletakkan jawatan dan beri kepada pemimpin baru, apabila yang muda mula bangkit mencari peluang untuk menabur jasa kepada rakyat dan Negara, banyak pula anasir-anasir yang mahu menjatuhkan beliau. 

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pula tafsiran yang negatif ditujukan kepada beliau malah dikatakan beliau mencari publisiti murahan melalui media kepunyaan UMNO. 

Wajah Khairy kerap terpampang di media pula dijadikan alasan untuk menjatuhkan semangat kepimpinan anak muda itu. 

Mencari publisiti murahan bukan lah agenda dan matlamat beliau, biarkan media menjalankan kerja mereka. Tidak salah sekiranya kisah perjuangan Khairy kerap terpampang di akhbar mahupun tersiar di media elektronik jika perlaksanaan perjuangan beliau nampak dan dirasai oleh rakyat mahupun pemimpin. 

Popularity bukan lah jalan mudah yang diambil oleh Khairy berbanding pihak pembangkang yang sering mewar-warkan keburukan orang lain di dalam internet dan akhbar rasmi mereka samada harakah mahupun suara keadilan. 

Relevankah seseorang yang menagih undi untuk PRU akan datang seperti pemimpin dalam parti pembangkang memburuk-burukan orang lain dihadapan umum? mereka ini lah yang layak digelar pemimpin bawahan atau pemimpin ‘bawah kaki’ 

Di saat orang ramai meneka bila kah pilihanraya ke 12,  di saat kekecohan kes rasuah antara VK Lingam dan Tun Fairuz, media kini berlumba-lumba mencari ‘story’ hangat. Jangan lah dek kerana Khairy menjadi Pengerusi Forum Halal-Hub sedunia, beliau dikatakan mencari publisiti ataupun popularity. 

One Response to Populariti bukan jalan Khairy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: