VISI PAKLAH DAN AGENDA JAHAT ANWAR IBRAHIM

 

Penulis Wakden

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi senantiasa memandang serius terhadap kepetingan rakyat dan masa depan Negara tercinta. Ada kesedaran itulah, maka tahun 2057 dijadikan sasaran untuk Negara mencapai kegemilangan maksimum dari semua sudut dan aspek.

Pembangunan modal insan, Islam Hadhari, pembangunan Wilayah Pantai Timur dan Utara serta Wilayah Pembagunan Iskandar dikatakan antara agenda beliau untuk memantapkan ekonomi, agama dan sosial agar masyarakat 50 tahun akan datang berjaya memupuk tamadun mereka sendiri, seperti mana yang berjaya dicipta 50 tahun selepas merdeka.

Perpaduan bangsa merupakan antara aspek penting dan visi Pak Lah dalam pembangunan Negara menuju tahun 2057 selain dari segi ekonomi dan agama. Perpaduan bangsa amat penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi secara pesat dan cepat kerana kerjasama kaum dapat menghindarkan perpecahan sesebuah Negara.

Perjuangan pemimpin-pemimpin Negara yang terdahulu juga dikatakan antara tunjang yang meletakan Malaysia sebagai sebuah Negara membangun dan kini menyusuri ke arahan membangun. Perpaduan antara kaum yang dikecapi dikatakan menjadi antara tunjang pembangunan Negara. 

Peranan Tunku Abdul Rahman dalam memupuk perpaduan bangsa kekal hingga kini sememangnya tidak dinafikan sesiapa. Usaha Tunku dimulakan dengan mewujudkan kerjasama UMNO-MCA dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur merupakan satu perubahan penting kepada perkembangan politik Negara.

 

Kerjasama tersebut telah berjaya mengelakkan pertentangan antara kaum dan juga berjaya mengurangkan konflik perkauman. Ia juga bertindak sebagai membuka jalan bagi perjuangan untuk mendapat kemerdekaan disamping membina sebuah  negara bangsa yang bersatu.

 

Bagaimanapun, pengalaman ini tidak diteruskan dalam Pilihanraya 1969 yang membawa padah tercetus Peristiwa 13 Mei. Sebenarnya, itulah pengajaran paling berguna kepada penduduk dinegara ini bahawa budaya perkauman yang salah sememanya tidak menguntungkan sesiapa pun.

Bertitik tolak dari situasi itulah, maka kerjasama antara parti-parti termasuk parti seperti UMNO, MCA, MIC bergabung dibawah satu bumbung yang dikenali sebagai Barisan Nasional.

 

 

“… We must each always think first of Malaya, of the national need and least of ourselves. Everyone must try to help and see that the people are one-minded, with one loyalty and one aim, to make Malaya – the land we love – a happy abode for all of us. If we all do this then we can guarantee liberty, security, prosperity and  happiness for the future…” (Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra, 12 Februari 1959)

Situasi ini agak berbeza sekarang, lebih-lebih lagi setelah barisan pembangkan berada dibawah cenkaman Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembangkang yang diketuai oleh ketua reformasi dan demontrasi haram Anwar telah bertindak menuntut ketelusan dalam pilihanraya dengan cara yang agak kasar, ganas dan agak keterlaluan.

Anwar juga seolah-olah cuba menghidupkan tragedi 13 mei 1969, tragedi hitam yang melibatkan pergaduhan antara kaum terburuk dinegara ini. Walaupun beliau menafikan tuduhan tersebut, namun dari tindakannya kini, seperti menaja Perhimpunan BERSIH baru-baru ini seolah-olah beliau cuba mengundang agar peristiwa tersebut berulang kembali.

Apa tidaknya, sudahlah prerhimpunan tersebut tidak mendapat permit perhimpunan, mereka juga tidak menghiraukan amaran dari pihak berkuasa agar tidak meneruskan perhimpunan tersebut. Bukan itu sahaja malah ada dilakangan pengikutnya yang bertindak diluar jangkaan hinggakan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan juga semburan air bagi menyuraikan perhimpunan tersebut.

Lebih memeranjatkan, mereka juga merobek maruah Negara apabila keganasan perhimpunan tersebut dilaporkan oleh media BBC, CNN dan media lain dari luar dengan memaparkan sesuatu yang menjelikkan kerajaan.

Malaysia kini menuntut agar rakyat menjauhi segala tindakan yang menyalahi undang-undang serta dasar Demokrasi Berpelembangaan yang mana menjadi teras pentadbiran negara.

5 Responses to VISI PAKLAH DAN AGENDA JAHAT ANWAR IBRAHIM

  1. Raja Mongrel says:

    Here is the latest blog created by my conscience …

    RAJA MONGREL @ http://rajamongrel.blogspot.com/
    Creating An Absolute Monarchy In Malaysia Based On Royal Supremacy

    Hear me confess: My Lies, My Plots, My Hypocrisy … Things that you can never find at my official site @ Malaysia-Today.net

    Yours truly,
    Raja Petra bin Raja Kamarudin (Now & Official)
    Emperor King Sultan Rajah Prophet Nabi Petra Kamarudin (In Progress)
    URL: http://rajamongrel.blogspot.com/

  2. mizie says:

    Rasuah Politik Pasca PRU-12?

    Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (“PR”) untuk melompat parti.

    Sila layari http://www.rembau.net

  3. anwaribrahimdotcom says:

    Salam

    Siapa taja Anwar PRU 12 ?

    Video 6- Siapa taja Anwar ?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

  4. Nanba Senpai says:

    RAKYAT MALAYSIA…
    Untuk menjadikan Malaysia lebih maju……
    Bukalah fikiran anda yang masih tertutup……
    AISAYMAN?????
    MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!!
    HINDARILAH DADAH MUSUH NEGARA!!!
    KREATIFLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA?????
    WAWAWAWAWAWAWW:):):):):):)

  5. saifulbukharit says:

    umno yang punca segala-galanya..main taktik kotor..pilihan raya kecil permatang pauh..main isu perkauman..umno kena terima reality..masyarakat mula menolak umno..umno sudah lalui zaman kehancuran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: