ADUHAI ISMAIL SABRI, SAMPAI BILA NAK JADI SAPI

azalina-othman ismail-sabri


Sudah hampir empat bulan setengah kerajaan pimpinan Pak Lah menerajui pentadbiraan negara. Pelbagai program dan aktiviti telah di lancarkan oleh kerajaan bagi memenangi semula hati rakyat Malaysia. Ada yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan tidak kurang pula ada yang hanya menumpang idea orang lain untuk mencari nama. Isu yang ingin di bawa oleh penulis ketika ini ialah mengenai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri.

Isu ini agak menarik kerana, ketika mula-mula di beri mandat menerajui Kementerian Belia dan Sukan dahulu Ismail Sabri dilihat begitu bersemangat mencari kelemahan dan kesalahan mantan menteri yang lalu, Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Ketika kebanyakkan menteri kabinet lain berhempas pulas mencari idea baru untuk menambah-baikkan kementerian yang mereka terajui. Ismail Sabri pula berhempas pulas dengan debu dan sarang labah-labah mengeledah stor dan fail lama untuk mencari salah dan silap Azalina.

Pelbagai isu dibangkitkan, dari isu pusat sukan berprestasi tinggi di Brickendonbury, London hinggalah isu Women Sports and Foundation Malaysia. Namun, semua isu yang cuba dibangkit oleh Ismail Sabri nyata tidak memberi kesan atau mengugat dan merosakkan kredibiliti menteri muda itu. Ini kerana kecemerlangan dan kejayaan Azalina ketika menerajui kementerian itu telah diketahui oleh semua orang.

Pelbagai program yang diatur dan dilaksana ternyata memberi kesan yang positif keatas golongan muda dan belia negara. Antaranya kejayaan Sukan Sea, di Korat, Sukan Wanita Kebangsaan, Rakan Muda, Go Mobile, Le Tour de Langkawi, Sukan dan Kebudayaan, Pelancaran Akta Belia, Rakan Muda Inovasi dan banyak lagi.

Mungkin akan kehabisan dakwat, sekiranya hendak ditulis satu persatu. Bukanlah niat untuk memuji Azalina melambung tinggi. Tetapi itulah kebenaran dan cabaran yang harus ditempuhi oleh Ismail Sabri apabila diberi kementerian itu.

Berbalik kepada isu tadi, setelah mencuba mencari kelemahan Azalina, Ismail Sabri akhirnya kepenatan. Kerana tiada isu yang boleh dikaitkan dan tiada kelemahan yang boleh di bongkar. Lantaran kerana terlalu sibuk dengan tugasan itu, Ismail Sabri akhirnya terlupa untuk memberikan fokus kepada kementerianya.

Walaupun telah hampir lima bulan menerajui Kementerian Belia dan Sukan, tiada langsung pencapaian yang membanggakan boleh dikaitkan dirinya. Kebanyakkan program dan aktiviti yang dilaksanakan hanya kerana idea menteri yang lalu.

Contohnya program badminton, rakan muda dan banyak lagi. Ismail Sabri hanya menumpang tuah dan nama, hasil dari kebijaksanaan Azalina. Seperti kata pepatah lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

Sudahlah begitu, ketika semua program yang direncanakan oleh Azalina untuk belia dan sukan negara memperlihatkan hasil yang positif, Ismail Sabri hanya mampu hadir untuk mendapatkan pujian.

Mungkin Azalina tidak mengharapkan pujian di atas usaha keras yang dilakukan sebelum ini. Namun seandainya Ismail Sabri adalah manusia yang bermaruah, dia seharusnya berasa malu untuk mencari nama di atas usaha orang lain.

Dan lagi, semasa di awal pembentukkan kabinet pelbagai ‘farewall dinner’ (majlis perpisahan) diadakan sebagai tanda penghormatan kepada bekas menteri. Ia juga untuk menyatakan terima kasih dan penghargaan di atas jasa yang diberikan.

Namun perkara itu tidak terjadi kepada Azalina. Sudahlah tidak dihargai, kesalahan pula dicari tetapi tetap tidak diingati. Sekadar untuk renungan buat Ismail Sabry, belajarlah untuk lebih berbudi bahasa dan menghargai jasa dan pengorbanan seseorang.

Walaupun Azalina mungkin tidak mengharap semua itu, tetapi bak kata pepatah ‘orang berbudi, kita berbahasa’. Untuk Azalina, kami semua rindu dengan kehadiranmu di Kementerian Belia dan Sukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: