Cabar Anwar bersumpah junjung Al-Qur`an

ANWAR Ibrahim tidak perlu menyalahkan sesiapa. Baik polis, kerajaan, UMNO atau sesiapa sahaja apabila dituduh meliwat. Anwar juga tidak perlu menggunakan rakyat jelata sebagai benteng untuk mempertahankan dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan Anwar juga tidak perlu menggunakan pentas ceramah politik ketika ini untuk memutarbelitkan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menyalahkan orang itu dan orang ini.

Editor Utama Malaysia-hariini.com, Mohd Rafi @ Eman JR, Mobile: +6012 6882 089, mencabar Anwar bersumpah junjung Al Quran untuk membuktikan kebenarannya tidak meliwat.

Anwar juga tidak perlu menggunakan ataupun mengulangi kembali skrip ucapan lama beliau seperti tahun 1998-1999 dengan mendakwa bahawa ada konspirasi yang sedang dibuat bagi membunuh karier politiknya kerana hari ini rakyat sudah semakin cerdik untuk menilai mana satu cerita bohong dan mana satu cerita benar.

Dan hari ini cakap Anwar masih belum terbukti benar apabila tidak ada seorang pun MP UMNO melompat parti, sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional masih memerintah dan Anwar terus memutarbelitkan segala kenyataan hanya sekadar mahu menyedapkan hati penyokong dan wakil rakyat mereka sendiri. Kononnya mereka akan jadi kerajaan.

Sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam, Anwar ada satu senjata untuk membersihkan diri beliau dari segala tuduhan ini dan bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak berdosa serta tidak melakukan liwat terhadap Saiful ataupun sesiapa sahaja, Anwar dicabar untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Qur`an dimana sahaja masjid dalam Negara ini dengan disaksikan oleh semua ulama termasuklah Nik Aziz dan juga Haji Hadi.

Ini sahaja jalan ataupun pendekatan yang boleh menyelamat Anwar daripada segala tuduhan ini dan sumpah tersebut haruslah dibuat perlaksanaannya mengikut tatacara Islam seperti semua orang Islam ketahui. Kalau tidak percaya kepada ulama UMNO, Tanya Nik Aziz, bagaimana sumpah yang benar berlandaskan agama.

Anwar tidak perlu mengheret rakyat. Tidak perlu memohon simpati rakyat untuk tidak mempercayai segala tuduhan terbaru ini. Anwar tidak perlu mencari alasan dengan menjadikan Najib sasaran beliau. Kalau Anwar sememangnya berani dan dilahirkan untuk menjadi pemimpin ataupun Perdana Menteri dalam Negara ini.

Anwar juga kena berani menyahut cabaran untuk bersumpah ini dan kita percaya sekiranya Anwar benar-benar tidak berdosa serta bersalah, Allah S.W.T akan menyelamatkan beliau tetapi sekiranya beliau benar-benar melakukan kesalahan tersebut, Anwar dan semua orang tahu risiko ataupun bala yang bakal Anwar terima.

Rakyat telah cukup lama terpedaya dengan segala helah politik Anwar. Rakyat telah lama termakan dengan segala bujuk rayu Anwar ketika meraih undi bagi kepentingan parti serta rakan-rakannya dan Anwar hari ini tidak perlu menggunakan topeng untuk menutup wajahnya sekiranya beliau benar-benar seorang yang bersih daripada melakukan dosa-dosa besar.

Kita kena percaya serta yakin bahawa seandainya kita tidak bersalah, diciptalah segala-galanya untuk mensabitkan, percaya serta yakinlah Allah S.W.T akan menyelamatkan seseorang itu daripada terkena malapetaka.

Dan Anwar harus menyahut cabaran ini.

Dipetik dari malaysia-hariini.com

8 Responses to Cabar Anwar bersumpah junjung Al-Qur`an

  1. Kito says:

    Semekum,

    Betul tu.. sekiranya beliau tidak bersalah mengapa perlu takut, kalau itulah yang rakyat semua nak.. LAKUKAN SUMPAH… Bukan susah pun.. saya sebagai rakyat saya mahukan jalan yang mudah… angkat sumpah !!! habis citer, Itu sudah cukup untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah… Sekarang bagi saya shaiful di pihak yg benar… Kepada para penyokomg DSAI ambil lah ini sebagai renungan… Jgn terlalu taksub.. siapa yang akan rugi nanti… Lihatlah bakal masa depan anak2 kita…

  2. gmansayong says:

    Masalahnya Anwar yang penipu itu, akan sentiasa takut dengan bayang-bayangnya sendiri..

  3. ohyeah says:

    ckp dgn bodoh memang camtu.ingat sumpah tu keje main2 ker…selagi siasatan tak selesai kenapa mesti sumpah…sumpah tu jln terakhir. dahulu waktu saidina aisyah difitnah sehingga nabi menjauhkan diri dari aisyah…nabi tak suruh sumpah pun… si sai fool tu patut tunjukkan bukti, ckp di mahkamah bukan bersumpah…bagi org2 yang tak pasti, tak tau atau kurang pasal agama baik rujuk pada ustaz2 yang berkaliber untuk mendapatkan maklumat yg benar tentang sumpah. tanya ulamak BN memang dia kata ‘Sah!’

  4. perantau says:

    jgn berckp tanpa fakta dan ilmu.. kaji dahulu perundangan cara islam. jangan senang2 je nak suruh bersumpah. tu bukan cara dia… kalau betul tuduhan tu, bawa kes tu ke mahkamah syariah, then saipool tu kena bawak saksi. baru betul cara islam… jgn omong kosong je sdara, nak cakap cara islam, blajar la dahulu……..

  5. matT says:

    dh x bersalah mmg x tkt la.anwar just ikut pandangan ulama’..saiful sumpah ikut pandangan ular dlm semak..imam ramlang porigi pn dh dedahkan semuanya..sial kau najib….

  6. saifulbukharit says:

    Wahai orang umno yang tak faham dan jahil agama..sumpah mengikut islam bukannya sewenang-wenangnya dilafazkan begitu saja..ok.. anwar tak perlu bersumpah.. biarlah tuhan saja dan masyarakat umum memahami semua…Allah maha adil dan maha kaya..lihatlah apa akan jadi pada umno sebab banyak tabur fitnah..tunggulah umno akan hancur sebab tulah masyarakat yang tidak tahan lagi dengan penipuan licik umno untuk kepentingan politik.. Umno terimalah realiti ditolak oleh masyarakat..umno bukan dihati lagi…terimalah hakikat…

  7. Alang says:

    Alah kau ingat ulamak pembangkang (PAS) saja yang alim..syurga tu Tuhan buat khas untuk orang PAS saja ka?…semua orang buat tak betul..ulamak BN la ulamak umno la..abih tu ulamak kau je ke yang betul..kau tu alim sangat ke pasal agama…jangan la guna islam untuk kepentingan politik.

  8. merichan says:

    ORANG UMNO YANG PENTAN!
    SAPE YG GUNE ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEBENARNYA??
    SAPE?
    UTK PENGETAHUAN ORG YANG JAHIL ILMU AGAMA NI.
    CIRI2 ORG MUNAFIK IALAH DIA SUKA BERSUMPAH…..
    ANWAR HANYA MENGIKUT KATA ULAMAK YANG ALIM
    BUKANNYA ULAMA CIPTAAN BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: