KERANA ANWAR PAS KETEPIKAN PRINSIP

Ya Allah...apakah tindakan aku membela Anwar Ibrahim ini satu tindakan yang benar dan betul..?? Rasa macam betul jer kes si Saiful ni

Ya Allah...apakah tindakan aku membela Anwar Ibrahim ini satu tindakan yang benar dan betul..?? Rasa macam betul jer kes si Saiful ni

Akhirnya Pemuda Pas Selangor berani menyuarakan rasa hati mereka. Mereka meminta Anwar Ibrahim pula bersumpah laknat. Ini kerana mereka sudah tidak lagi mampu menipu diri sendiri dengan mempertikaikan sumpah laknat Saiful Bukhari.

Di satu sudut lain, mereka akhirnya sudah dapat menerima sumpah itu. Walaupun ulama jumud mereka menolak dan mempertikaikannya. Yang pelik bin ajaibnya, seandainya betul sumpah laknat Saiful tidak selari dengan ajaran Islam. Mengapa sehingga ke hari ini Nik Aziz dan Hadi Awang tidak mengajar Anwar Ibrahim untuk menunjukkan cara sumpah laknat yang betul.

Bukankah sesuai sebagai seorang ulama yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka mengesa Anwar bersumpah dengan cara yang berlandaskan Islam dan menepati hukum syarak. Bukankah Pas ingin melaksanakan hukum Al-Quran dan hudud? Tetapi mengapa di dalam kes Anwar Ibrahim, Hadi Awang suruh rujuk mahkamah?

Sedangkan di dalam Al-Quran secara jelas menerangkan langkah dan caranya. Tetapi di dalam kes ini Anwar ia di kecualikan? Pas menentang UMNO kerana kononnya UMNO tidak menurut ajaran Islam sepenuhnya. Tetapi di sebabkan Anwar, Pas menutup sebelah mata.

Penulis sengaja membuka laman web harakahdaily, bagi meninjau apakah mereka telus dan adil apabila memberikan laporan. Ternyata telahan penulis tepat seperti yang disangkakan. Langsung tiada berita mengenai gesaan pemuda Pas Selangor itu disiarkan di dalam laman web mereka.

Mungkin kerana ia tidak mempunyai nilai berita atau isu yang dibangkitkan itu bakal membuka mata rakyat. Tidak mustahil sekiranya ia disiarkan sokongan kepada Anwar bakal berkurangan. Sedangkan sebelum ini mereka berhempas pulas mengalihkan perhatian orang ramai dengan mempertikaikan sumpah Saiful. Kononnya meniru agama Kristian.

Sejurus selepas laporan sumpah laknat Saiful disiarkan, mereka sedaya upaya cuba mengunakan Nik Aziz sebagai umpan untuk menarik perhatian rakyat. Tidak cukup dengan Nik Aziz, hampir kesemua ulama Pas memberikan kenyataan menyokong Anwar dan menolak sumpah yang dinyatakan Saiful.

Walaupun begitu, penulis yakin dan percaya jauh di sudut hati mereka sudah mula ragu dan was-was dengan kebenaran Anwar Ibrahim. Mereka sudah mula merasakan apa yang di katakan Saiful ada benarnya.

Namun kerana faktor politik, perkara itu terpaksa dinafikan. Maklumlah seandainya mereka menerima sumpah Saiful, kebenaran Anwar boleh dipertikaikan. Seandainya itu berlaku mereka bakal kehilangan sokongan dari penyokong Anwar. Sedangkan umum menyedari, kekuatan Pas ketika ini adalah kerana isu Anwar.

Penulis masih ingat lagi, ketika Anwar masih di dalam kerajaan. Mat Sabu adalah antara orang yang paling kuat menuduh Anwar sebagai kaki liwat. Sehinggakan mengelarkan Anwar dengan gelaran Anwar Al-Juburi. Tetapi apabila Anwar dipecat kerana isu liwat dan rasuah. Mat Sabu terus melupakan perkara itu.

Hanya kerana kepentingan politik, Pas sanggup mengadaikan pelembagaan parti seperti yang mereka laungkan sebelum ini. Hanya kerana Anwar, mereka terpaksa mengadaikan prinsip dan matlamat perjuangan.

5 Responses to KERANA ANWAR PAS KETEPIKAN PRINSIP

  1. mARYam_puterixsukeduitUMNO says:

    YA ALLAH,KURNIAKANLAH HIDAYAH DAN TUNJUKKAN JALAN YANG BENAR KEPADA MEREKA YANG SUKA MEMFITNAH…YA ALLAH,AKU TIDAK SANGGUP MENAHAN AIR MATAKU,MELIHAT ORANG MEMFITNAH DEMI KERANA POLITIK ZALIM INI YA ALLAH….AMIN……

  2. mARYam_puterixsukeduitUMNO says:

    I TINK AS A PENULIS,U SHOULD TINK WHAT ARE YOU TULIS ABOUT….
    SUMPAH BUKAN PERKARA MAIN2…..CUBA U TINK….KENAPA ULAMA TAK MEMBENARKANNYA…MESTI ADA SEBABNYA………AND I TINK U SHOULD GO AND ASK THE NON-POLITICAL ULAMA’…SO THAT U CAN GET A BENAR2 INFORMATION DAN PENJELASAN KENAPA ANWAR TIDAK BERSUMPAH…..

    UNTUK PENGETAHUAN U,PERTAMA KALI BILA DENGAR BERITA SAIFUL MENUDUH ANWAR MELIWAT DIA,I SAY “OH NOT THAT AGAIN….ARE THEY REALLY ‘PENTAN!’???(BODOH) ..TAK TAKUT AZAB ALLAH KE??”
    AND I CRY ….

  3. mARYam_puterixsukeduitUMNO says:

    PSS::::I’M BERBANGGA USE THE BAHASA PASAR…BCOZ U KNOW,AGAMA NEVER MELARANG KITE TO USE BAHASA PASAR….
    WELL,I AM ANTI-KETUANAN MELAYU ANYWAY…

  4. sya says:

    ko ni xabes blaja agama lg..g la msok uia ke mne2 dlu bru kuarkan artikel..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: