APA NAK JADI DENGAN PAS KALAU ANWAR JADI PM

Kesian aku tengok PAS….. Bagaikan melukut di tepi gantang.. Masih TIDAK INSAF kah PAS dengan apa yang berlaku kepada partinya??.. Apakah hati mereka telah dibutakan oleh PKR dan DAP semasa berada dalam PAKATAN RAKYAT.

Lihatlah bagaimana PAS bagaikan parti KELAS KEDUA yang tidak pernah langsung diberi tempat dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Pendapat dan saranan yang diberikan oleh PAS bagaikan tidak langsung didengari oleh kawan sePAKATAN. Di manakah letaknya harga diri PAS sekiranya pemimpin/ulama mereka langsung tak dihormati oleh rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR?…

Untuk apa lagi PAS perlu berada dalam PAKATAN RAKYAT??.Apakah PAS juga macam DAP atau PKR yang mabukkan kuasa … yang merasakan mereka mampu mewujudkan sebuah negara ISLAM sebagai mana “term and condition” yang diberikan kepada UMNO dulu??.. Mampukan PAS menangani pemikiran LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH ….. dah sudah semestinya ANWAR sendiri?..

Apakah PAS fikir bahawa hanya kerana ANWAR adalah bekas Pemimpin ABIM, maka sudah pasti ANWAR akan menyebelahi mereka???… Ternyata ..mereka sudah pasti tersilap. ANWAR yang mereka nampak hari ini bukanlah ANWAR yang sebelum kes LIWATnya pada tahun 1998 dahulu…. Dosa LIWATNYA terus membaluti kehidupannya sehingga membuatkan jiwanya penuh dengan tamak haloba, dengki, dendam membara dan fitnah yang amat dasyat.

Kalaulah dalam keadaan sekarang pun PAS telah diperlakukan dengan pelbagai cara yang cukup mengaibkan… bagaimana nanti jika ANWAR menjadi PM?… DAP akan naik tocang… akan membelakangi setiap keputusan yang bakal ANWAR buat. Lihat saja kerajaan negeri PERAK dan SELANGOR sekarang ini. Kedudukan MB hanyalah sebagai boneka semata-mata.

Begitulah keadaannya yang berlaku kelak apabila ANWAR menjadi PM. Aku sendiri tak paham bagaimana PAS boleh menerima percaturan yang dibuat oleh ANWAR . Apakah DEMOKRASI benar-benar dilaksanakan secara ADIL dan TELUS apabila suara dan undi rakyat di PERMATANG PAUH langsung tidak bernilai.. suka hati saja nak berhenti dan diserahkan kepada suami. Kalaulah ahli Parliemen biasa tu tak apa lah.. tapi WAN AZIZAH bukankah KETUA PEMBANGKANG?.

Kalaulah di PP… semua jawatan Pengerusi JKKK dan AJKKK dikuasai sepenuhnya oleh PKR walaupun di kawasan ADUN PAS….. Bagaimanakah agaknya nanti kalau ANWAR jadi PM… Sedarlah wahai Penduduk Permatang Pauh.. Sedarlah yang kita sedang diperbodohkan… oleh PELIWAT yang amat licik dalam permainan politiknya.

Di petik dari Pedas Berapi

5 Responses to APA NAK JADI DENGAN PAS KALAU ANWAR JADI PM

  1. maw says:

    sejarah telah mengajar kami pas lebeh matang dan berwaspada.bak kata tgna serasa semalam umno menendang pas kelaut apabila kapal umno boleh berlayar tenang.tidakan pas memberi pisang berbuah dua kali,terutama umno.umno memperjuang hak melayu jauh panggang dari api 51tahun memerintah dimana taraf melayu sekarang?lihat pada umno sendiri,nama umno pun masih berwajah penjajah.umnolah perosak agama dan bangsa melayu.jangan menuding jari kepada orang jari2 yang menuding kearah kamu belum pasti anda dapat menangkis kemelutnya.

  2. saifulbukharit says:

    Orang pas lebih baik bersama DAP daripada bersama Bn..dulu umno hina pas..kata parti kekampungan tak releven….tapi sekarang meraya menyembah nak gabung dengan pas, sekarang kutuk DAP pula,,aku takut nanti merayu menyembah dan jilat nak gabung dengan DAP pula..betul tak????umno akan buat apa sahaja untuk kepentingan mereka walaupun mengadai agama..seperti kes liwat saiful..berapa banyak mufti dan imam mengadai agama bagi fatwa salah???

  3. Alang says:

    Ya betul tu banyak mufti yang menggadai agama.. dulu PAS kata UMNO kafir kerana UMNO+MCA+MIC. La ni PAS+DAP tak kafir pulak..jadi fatwa PAS ni berubah ikut kepentingan la..kalul terkena btng hidup sendiri dah jadi takpa pulak..hoi..hang ingat imam PAS tu baik sangat ke?..imam klu mu nok tahu…ramai anak tok imam PAS di kg aku ni minum arak..kaki pompuan..dadah..ganja..dan tok imam sendiri ada yang palu pompuan…jangan ingat ulama PAS tu alim sangat.. jangan pandang orang pada serban aje..demo kena ingat..PAS dah kena liwat ko PKR la ni

  4. elaine says:

    isu perkauman tidak layak lagi dibincangkan. kini,era ke-21 semua kaum merupakan bangsa malaysia. jangan hendak menyebarkan berita yang bukan-bukan di sini. tuhan akan melaktinya

  5. mARYam_puterixsukeduitUMNO says:

    cuba la u (penulis) pikiak sikit…BILA ANWAR JADI PM,maka cita2 pas untuk melaksanakan undang2 hudud di negara ini (kpd org islam je) tercapai…ANDAINYA ITU BERLAKU….ALHAMDULILLAH….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: