ANWAR BAKAL MENJADI PM KE-6..????

anwar

UN-WAR

Penulis baru sahaja pulang bertarawih apabila telefon berbunyi menandakan ada SMS yang dihantar. Terkejut seketika apabila kandungan SMS yang diterima menceritakan mengenai rentetan rampasan kuasa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR)

Berikut adalah kandungan SMS yang diterima :

5 September – Parti komponen BN (Barisan Nasional) dari Sabah dan Sarawak istihar keluar dari BN.

6 September – Semua parti komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA dan MIC.

7 September – 10 ahli parlimen BN umu pindah kerusi parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September – 5 Menteri BN letak jawatan.

9 September – Sidang tergempar parlimen di panggil.

10 September – Perdana Menteri umum meletakkan jawatan.

12 September Sidang tergempar usul Anwar membentuk kerajaan ‘caretaker’.

15 September – Anwar istiharkan bentuk pakatan sebagai kerajaan ‘caretaker’ secara langsung di TV1, TV2 dan TV3, Bernama TV,dan Astro Awani.

15 September – Anwar menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong memohon restu.

16 September – Anwar akan mengangkat sumpah sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya di teliti kandungan SMS tersebut, ia seolah-olah rancangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 Sepmtember bakal menjadi kenyataan. Susunan yang di atur seolah-olah benar dan ada kekuatan.

Tetapi apa yang bakal berlaku adalah sebaliknya. Penulis secara peribadi merasakan ia merupakan satu ‘cywar’ untuk ‘reverse sykology’ dan merupakan satu helah yang paling busuk. Namun seperti yang kita sedia maklum itu memang cara dan pendekatan Anwar.

Bukankah Anwar memang terkenal dengan pendekatan jalan belakang. Dulu Sukma, Dr. Munawar, Azizan telah dijahanamkan dengan ‘jalan belakang’. Kemudian Saiful pula ternoda juga dengan ‘jalan belakang’ dan kini dia cuba pula untuk menguna jalan belakang untuk merampas kerajaan yang dipilih rakyat.

Dia akan menguna seribu muslihat dan helah untuk membuatkan orang percaya akan berlakunya peralihan kerajaan pada 16 September ini. Dan di masa yang sama rakyat akan terlupa akan pelakuan hina yang dilakukan terhadap Saiful.

Maka isu sumpah akan dilupakan sedikit demi sedikit dan rakyat akan mula tertumpu kepada isu peralihan kuasa ini. Apa yang rakyat tidak tahu, isu peralihan kuasa ini hanyalah retorik semata-mata dan angan-angan kosong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri

Tetapi isu SMS itu tidak berakhir begitu sahaja, sebaik membaca kandungan SMS itu, penulis bingkas membuka internet untuk melihat pandangan dan komen penyokong kerajaan mengenai isu ini.

Apa yang penulis temui lebih menakutkan, apabila membaca komen yang terdapatnya ura-ura untuk melantik Lim Kiat Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan berjaya kelak.

Sekiranya benarlah apa yang dikatakan ini, penyokong Pakatan Rakyat seharusnya sedar dengan kemenangan Anwar, kuasa Melayu sedikit demi sedikit telah ditarik. Ternyata Malaysia yang bakal dicorakkan nanti akan menghakis dan menolak ketuanan Melayu. Dan tidak mustahil, suatu hari nanti kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan

Seribu kemungkinan yang tidak menguntungkan orang Melayu boleh dicorakkan oleh Anwar dan konco-konconya seandainya berjaya merampas. Sebagai contoh lihat sahaja apa yang terjadi pada Selangor dan Perak.

Walaupun Menteri Besarnya Melayu yang beragama Islam, namun ternyata mereka tidak ubah sebagai boneka yang boleh diarah untuk menghapuskan ketuanan Melayu. Maka sedarlah, seandainya Anwar berkuasa akan hilanglah identiti dan Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh nenek moyang kita.

Tetapi yang hairanya, PAS seolah-olah hilang suara dengan rentak permainan Anwar ini. Penulis masih ingat lagi ketika 2 wakil rakyat dari Semangat 46 melompat parti suatu ketika dahulu. Pelbagai kata cerca dan hinaan dilemparkan kepada mereka. Namun sekarang mereka seakan redha dengan pendekatan Anwar ini.

Dan lagi, apakah PAS akan rela untuk menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan cina bukit ini secara terang menolak pendekatan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Kepada pengikut PAS, sedarlah setidak-tidaknya UMNO masih berjaya mempertahankan kedaulatan Islam, namun tanyalah diri sendiri Apakah Islam masih mampu dipertahankan dan diterima oleh DAP.

LU PIKIRLAH SENDIRI

Di petik dari : Warisan Bonda

6 Responses to ANWAR BAKAL MENJADI PM KE-6..????

  1. aberamly says:

    ITULAH PERANCANGANNYA. MARILAH KITA TUNGGU DAN LIHAT SAMAADA MP BN TU BERJUANG UNTUK NEGARA ATAU DIRI SENDIRI. TANPA LUPA SEMASA BERKEMPEN SEMUA MP BN DITOHMAH MACAM2, TETPI SEKRANG UNDI DAN LOMPATAN MEREKA DIKETAGIHI PULAK… ITULAH POLITIK MALAYSIA.

  2. yana says:

    umnolah yang mengkhianati hak orang-orang melayu. Merampas bantuan perkapita sekolah agama rakyat. Satu-satunya institusi pengajian orang melayu yang belajar fardu ain 100%. UMNO jugalah yang bertanggung jawab mematikan sekolah-sekolah pondok di Malaysia. Dimana ada sekolah-sekolah pondok disitulah kekuatan PAS terserlah dan sukar digigit gugat oleh UMNO. UMNO jugalah yang yang merampas hak biasiswa anak-anak melayu. Menurut perlembagaan fasa 153… mana-mana anak melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi secara otomatik akan diberi biasiswa. Tapi apa dah terjadi, UMNO telah merampas hak orang-orang melayu dengan menukar daripada biasiswa kepada pinjaman. Tamat sahaja pengajian diperingkat ijazah, siswazah melayu dah terhutang diantara RM 20,000.00 – RM 50,000.00. UMNO juga yang bertanggungjawab apabila sebilangan besar orang melayu yang lahir diantara tahun 1960 – 1975 buta jawi. Buta terhadap tulisan orang melayu sendiri. UMNO juga yang telah merosakkan sistem kehakiman dan sistem perundangan Malaysia. Jika ahli-ahli UMNO mengeluar ucapan perkauman paling lama digantung keahlian UMNO selama 3 tahun sahaja. Contoh Dato’Ahmad Ismail. Apabila bukan ahli UMNO tak kira apa bangsa sekali pun melapor atau mengulas ucapan Dato’Ahmad Ismail mereka ditahan ISA. UMNO jugalah yang menyebabkan ramai orang-orang Melayu miskin. Di Pulau Pinang masalah kemiskinan orang-orang melayu sehingga jatuh kerajaan BN/UMNO masih belum dapat diatasi. UMNO jugalah yang menyebabkan akhlak orang/anak melayu tergadai. Konsert disana sini hingga larut malam yang membawa kesan negatif kepada anak-anak melayu. UMNO jugalah yang mempromosikan kondom percuma kepada murid-murid sekolah tahun 5 keatas. Akibatnya perzinaan berlaku dimana-mana sahaja tak kira peringkat umur. Banyak lagi kejahatan yang dilakukan oleh UMNO. jika nak tahu sila hubungi tajud56@yahoo.com.sg.

  3. zam says:

    kita bagi karam kapal BN&UMNO,Pengkianat bangsa ….

  4. Tun Tapai says:

    Jangan la nak provok yeop… kau suka negara kita dijajah bangsa kita sendiri UMNO keparat tu nama aje Melayu cakap tak serupa bikin… dah dulu di jajah Portugis , Belanda, Jepun, Inggeris dan Komunis ini pulak UMNO! Hilang Bahasa Melayu, hilang Tanah Melayu, hilang segala-galanya nanti ………….hanya tinggal Baju Melayu aje buat fesyen. Apa lah nasib bangsa orang Melayu.

  5. Ye ke ni😉

    Selamat menyambut hari lebaran semuanya🙂
    Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi😉

    Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan😉
    http://pro-faizal.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: