Apakah Menteri Besar Perak ‘ditekan’?

Photobucket

SAYA amat-amat kecewa dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Untuk makluman tuan, hampir 70 peratus penduduk di Perak adalah orang Melayu. Tetapi atas ke- inginan rakyat Perak menukar kerajaan negeri dan ingin merasai kepimpinan baru, maka rakyat Perak memilih parti campuran pembangkang. Hasilnya, dapatlah Pas menang dengan tiga kerusi dan bakinya adalah antara Parti Keadilan dan DAP.

Namun, kebijaksanaan pemimpin UMNO lalu yang membuat ketetapan bahawa hanya pemimpin yang beragama Islam sahaja yang boleh menjadi Menteri Besar Perak serta dengan ketegasan Tuanku Sultan Perak, juga mahukan pemimpin daripada kalangan orang Islam serta yang layak dan berkemampuan, maka terlantiklah Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat senario politik di negara kita di mana lima buah negeri telah jatuh dan di- perintah oleh parti pembangkang iaitu Ke- lantan dan Kedah yang mendapat majoriti penuh oleh Pas, Pulau Pinang pula dikuasai oleh DAP dan Perak serta Selangor dianggotai kerajaan campuran iaitu dari Pas, DAP dan Keadilan.

Kecuali Kelantan dan Kedah, kerajaan pembangkang di Perak dan Selangor kerap membuat keputusan dan langkah- langkah yang ‘berlawanan’ yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-olah Menteri Besar berkenaan ‘diarah’ oleh seseorang atau sesebuah parti jika mahu terus berkuasa.

Ini dapat dilihat di Perak, dengan kuasa hanya tiga kerusi pada wakil Pas, maka Menteri Besar yang dilantik daripada kalangan anggota Dewan Undangan Negeri Pas, telah beberapa kali membuat pengumuman yang dilihat merugikan orang Melayu di Perak.

Saya bukan ingin memainkan sentimen kaum tetapi Menteri Besar Perak kerap membuat kenyataan yang memberikan kelebihan kepada kaum Cina sedangkan kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional telah membuat pelbagai cara untuk menyatukan sekolah-sekolah di bawah satu bumbung.

Cuba kita lihat sebelum ini, Menteri Besar Perak membuat kenyataan terhadap pemilikan hak milik tanah di Perak, dicadangkan sehingga 999 tahun. Kenapa pengumuman ini (di awal pengumuman) dibuat terhadap tanah yang dimiliki oleh kaum Cina sahaja?

Setelah mendapat bantahan awam dan reaksi marah orang Melayu Perak, kemudian baru diumumkan untuk semua jenis pemilikan.

Apakah Menteri Besar ini hanya mengikut telunjuk DAP yang tidak dapat memerintah tetapi akan menggunakan kelebihan majoriti dalam kerajaan campuran untuk ‘bertindak’.

Semalam, sekali lagi Menteri Besar Perak membuat pengumuman pelik iaitu ingin memberikan 400 hektar tanah (1,000 ekar) kepada sembilan sekolah persendirian Cina untuk tujuan meringankan beban kewangan sekolah tersebut.

Persoalannya, kenapa hanya sekolah Cina sahaja sedangkan sekolah agama Islam Perak juga banyak yang terpaksa ditutup dan tidak mampu beroperasi kerana mempunyai masalah kewangan.

Persoalan utama ialah kenapa perlu bantu sekolah Cina ini sedangkan ia adalah sekolah swasta.

Jika difahamkan maksud swasta ialah pengurusan sekolah diuruskan sendiri dan keuntungan diambil keseluruhannya.

Apakah tidak cukup RM30,000 sebulan yang diberikan sebelum ini? Sedangkan sekolah ini juga mengutip yuran yang tinggi dan dilakukan setiap bulan. Apakah pernah penyata kewangan ini dibentangkan ke Kementerian Pelajaran setiap tahun?

Kementerian Pelajaran telah membuat pelbagai jenis sekolah baru yang canggih dan besar untuk keselesaan para pelajar dan ia digabungkan di bawah satu nama iaitu sekolah kebangsaan. Apakah perlu lagi bantuan diberikan kepada sekolah swasta?

Kenapa juga harus diberikan lagi sejumlah tanah yang luas kepada pengurusan se- kolah ini?

Adakah ini arahan DAP yang harus diikut oleh Menteri Besar Perak?

Cuba lihat di Kedah dan Kelantan yang dikuasai oleh Pas, mereka tidak pun menganugerahkan mana-mana tanah ke sekolah-sekolah agama Islam persendirian untuk tujuan menolong sekolah tersebut. Kenapa sekolah persendirian Cina yang menjadi keutamaan dalam membuat pengumuman? Adakah kerana DAP yang membuatkan Pas dapat menduduki kerusi Menteri Besar Perak dan harus mendengar cakap DAP?

Wahai rakyat Perak, sedarlah apa yang telah berlaku. Kerajaan Barisan Nasional yang dianggotai pelbagai kaum tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan jika membuat apa jua pengumuman, akan menjaga kepentingan seluruh rakyat.

Sekadar mencelah… seperti pepatah kerusi Melayu punya, kuasa Cina punya.. lu fikirlah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: