Anwar Semakin Di kuasai Bukan Islam

Anwar Ibrahim dikatakan semakin dikuasai dan dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin PKR yang bukan Islam. Dan tokoh-tokoh bukan Islam semakin ramai memasukki PKR memandangkan kuatnya prospek PKR untuk menerajui kerajaan baru persekutuan. Maka bertambahlah juga prospek orang Islam bakal hilang kuasa politik di Malaysia melalui PKR. Dengan keunggulan puak bukan Islam dalam PKR maka sesuatu dianggap adil hanya kalau memihak kepada kepentingan bukan Islam, kalau tidak akan dianggap mendiskriminasikan bukan Islam. Beri segalanya kepada bukan Islam baru dikira adil.

Begitu cerita dalam kain PKR yang diceritakan oleh ahli PKR yang beragama Islam. Pelompatan ke PKR baru-baru ini oleh seramai 15 tokoh parti Gerakan dijangka akan menambahkan lagi kekuatan serta pengaruh pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR.


Menurut ahli PKR yang beragama Islam itu, beliau mensyakki ada agenda golongan bukan Islam yang sudah pun menguasai Anwar Ibrahim dan PKR untuk menguasai PR pula. SAPP Sabah sudah keluar BN dan bertindak sebagai parti bebas, tetapi akan menyertai PR bila PR berjaya menubuh kerajaan persekutuan untuk mengukuhkan kedudukkan bukan Islam dalam kerajaan persekutuan yang baru itu.


Gerakan dan MCA juga sedang memikirkan untuk keluar dari BN. Dijangka kedua parti Cina ini akan juga bertindak terlebih dahulu sebagai parti-parti bebas. Mereka tidak akan cepat-cepat masuk PR kerana tidak mahu menakutkan orang-orang Islam. Mereka akan tunggu dan lihat. Bila kerajaan persekutuan berjaya ditubuhkan oleh Anwar, mereka akan lompat masuk.


Melihat kembali kepada sejarah, parti Gerakan bermula sebagai parti berbilang kaum tetapi dalam waktu yang singkat berubah menjadi parti yang mewakili kepentingan kaum Cina. Nasib yang sama nampaknya telah menimpa PKR.


Dengan Anwar dan PKR semakin dikuasai oleh kaum bukan Islam, dan DAP pula parti Cina yang sejak dulu bermati-matian anti Melayu dan anti Islam, maka memangnya ada kemungkinan besar kerajaan persekutuan yang mahu ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim itu nanti akan dikuasai oleh bukan Islam yang akan bertindak untuk mengkhianati Islam.

Dan PAS kalau masih dalam PR akan tersepit sebagai golongan minoriti seperti yang berlaku dalam kerajaan Selangor sekarang ini yang dikuasai sebenarnya oleh DAP dan PKR. Apa jua tindak-tanduk DAP dan PKR mengkhianati Islam – isu azan – PAS tidak berupaya berbuat apa-apa. PAS “impotent” di Selangor.


Memangnya baru-baru ini Anwar Ibrahim telah menemui TG Hj Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi dan memberi jaminan bahawa PAS tidak akan dipinggirkan dalam kerajaan yang hendak dibentuknya. Tapi Anwar tidak memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan yang mahu ditubuhkannya itu akan majoritinya terdiri dari pemimpin-pemimpin yang beragama Islam. Kenapa susah sangat bagi Anwar untuk memberi jaminan ini? Faham-fahamlah.

Maka tidak hairanlah beberapa hari setelah pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Kota Bahru itu, TG Hj Abdul Hadi telah mengulangi kenyataan beliau bahawa jika Islam tidak majoriti dalam pembentukan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, maka PAS tidak akan menyertainya. “PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak mendapat majoriti Islam. Itu syarat pertama,” kata beliau.

One Response to Anwar Semakin Di kuasai Bukan Islam

  1. MEMANG ADA KEWAJARANNYA. PERBUATAN BIADAP HINDRAF PD MAJLIS RAMAH TAMAH AFITRI BARU2 INI MEMBUKTIKAN BETAPA MEREKA INI TDK MHORMATI MAJLIS LANTAS MEMBUKTIKAN MEREKA INI TIDAK PENTINGKAN PERPADUAN KAUM. KURANG AJAR! BIADAP TIDAK BERMARUAH DAN CETEK FIKIRAN. INI MENUNJUKKAN KITA BAHWA AGENDA PR AMAT BERBAHAYA KEPADA MALAYSIA. MELAYU BOLEH MENYATUKAN KAUM LAIN DGN PENDEKATAN YG AMAT LEMBUT SEBAB TINGKAH PENUH BERADAP. JGN DIJOLOK SARANG TEBUAN NANTI BERTERBANGAN SANG TEBUAN KAN SUSAH SEMUA. INSAFLAH HAI HINDRAF.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: