Shahrizat-Azalina beregu? Rafidah gelabah..

Shahrizat-Azalina
Shahrizat-Azalina

Wanita UMNO mahukan perubahan… itulah antara isu yang sedang diperkatakan oleh ahli di peringkat bawahan ketika ini. Hampir majoritnya menolak pelan peralihan kuasa anjuran Rafidah. Ada yang takut untuk memberikan sokongan secara terbuka dan tidak ketinggalan ada yang menterjemahkan dengan mencalonkan Sharizat sebagai Ketua bagi mengantikan Rafidah.

Wanita UMNO mahukan perubahan… itulah antara isu yang sedang diperkatakan oleh ahli di peringkat bawahan ketika ini. Hampir majoritnya menolak pelan peralihan kuasa anjuran Rafidah. Ada yang takut untuk memberikan sokongan secara terbuka dan tidak ketinggalan ada yang menterjemahkan dengan mencalonkan Sharizat sebagai Ketua bagi mengantikan Rafidah.

 

Situasi yang berlaku ketika ini, dilihat amat mengusarkan Rafidah kerana ternyata sisa taringnya sudah hampir hilang kesemuanya. Sebelum ini siapa yang tidak kenal dengan Rafidah Aziz, arahan dan kata-katanya wajib dipatuhi. Pada yang ingkar pasti akan berdepan dengan seribu macam masalah.

 

Pada yang masih ingat, ketika Tun mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dahulu, Rafidah adalah yang terawal meluru kepada Tun menyarankan supaya ia ditarik balik.

 

Dengan linangan air mata Rafidah ketika itu begitu bersungguh-sungguh memujuk Tun sehinggakan patah tumit kasutnya. Antara ayat Rafidah ketika itu ialah, tiada calon lain yang layak mengantikan Tun.

 

Namun apabila Pak Lah mengambil alih teraju kepimpinan UMNO, Rafidah melenting apabila ditegur oleh Tun. Begitu hebat Tun dikritik olehnya seolah-olah apa yang dikatakan oleh Tun itu tiada benarnya. Hilang semua jasa Tun kepadanya selama ini. Itulah diri Rafidah sebenarnya, semua tindakannya haram ditegur dan dikritik.

 

Namun Rafidah lupa, apa yang dilakukan terhadap Tun dahalu pasti akan ada pembalasannya. Seperti kata orang zaman sekarang, Tuhan bayar ‘cash’. Namun apa yang nyata perwakilan wanita bahagian secara terang menzahirkan apa yang mereka inginkan. Pelan peralihan kuasa seperti yang dirancangkan oleh Rafidah nampaknya telah ditolak mentah-mentah oleh sesetengah bahagian.

 

Sebagai contoh, Wanita UMNO bahagian Beruas telah mencalonkan Sharizat sebagai Ketua Wanita dan memilih Azalina sebagai regunya. Mungkin kerana mereka menaruh kepercayaan akan pembaharuan yang boleh dilaksanakan oleh ‘orang muda’ ini.

 

Seminggu sebelum persidangan bahagian-bahagian bermula, Shahrizat sudah menghantar Setiausaha Politik Perdana Menteri yang bertugas untuknya, Dato’ Suhaimi Ibrahim menemui kepimpinan Wanita bahagian-bahagian, supaya hanya mencalonkan Rafidah-Shahrizat dan jangan sesekali mencalonkan Shahrizat-Azalina sebagaimana yang dikehendaki ‘grassroot’ Wanita, masa ini.

 

Ada sumber dari Pergerakan Wanita memberitahu, Rafidah tidak membenarkan langsung nama Azalina disebut dan dikaitkan dengan Wanita Umno.

 

Ia sekaligus membenarkan cerita-cerita sebelum ini, penubuhan Puteri Umno memang mendapat tentangan hebat dari Rafidah, tetapi Presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras mahukan Puteri diwujudkan sebagai sebuah entiti sendiri, bagi menarik minat orang-orang muda (wanita) menyertai Umno.

 

Tidak hairanlah apabila suatu ketika dahulu, golongan artis dilibatkan dalam barisan Exco Puteri, walaupun akhirnya mereka semuanya ‘mengundurkan’ diri kerana tidak mempunyai jiwa yang sesuai dengan politik.

 

Ada pihak mendakwa, Rafidah mahu ‘mewarisi’ Pergerakan Wanita Umno ini kepada Shahrizat dengan Dato’ Halimah Mohamad Sadique (Ahli Parlimen Tenggara) tetapi disebabkan Halimah tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan selepas Pilihanraya Umum 12 yang lalu, banyak pihak melihat Halimah seperti merajuk dengan enggan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara dalam pemilihan yang berlangsung sekarang.

 

‘Merajuk’ memang sudah cukup sinonim dengan ‘orang Johor’ apabila sejarah membuktikan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam dikatakan pernah ‘merajuk’ apabila berselisih faham dengan pucuk pimpinan.

 

Dalam kes merajuk juga, orang-orang Umno Johor tentunya masih ingat bagaimana Asmaun Ismail (bekas Ketua Umno Bahagian Tenggara) juga dilihat merajuk apabila ditahan di bawah ISA dan dikaitkan namanya dengan isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dahulu.

 

Ketika Halimah dilihat merajuk, ada usaha untuk membawa Azalina yang merupakan Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan Menteri dari Johor sebagai ‘pelapis’ dalam Pergerakan Wanita, tetapi selagi Rafidah ada di situ, Azalina seboleh-bolehnya ‘dihalang’ dari disenaraikan.

 

Malah, apa yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beruas, salah satu bahagian dalam Negeri Perak, di mana Rafidah adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar membuktikan, ada usaha memberitahu Pergerakan Wanita di bahagian-bahagian lain di seluruh negara, supaya ‘menolak cadangan’ Pelan Peralihan Kuasa antara Rafidah dengan Shahrizat.

 

Jika Bahagian Beruas itu datangnya dari Johor, mungkin ia tidak membawa apa-apa erti, tetapi disebabkan Beruas adalah bahagian dalam Perak, Rafidah tentunya ‘kecewa’ dengan keingkaran Wanita mentaati keputusannya – di penghujung kariernya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

 

Berbeza Wanita Umno dengan Pemuda dan Puteri, mereka (Pemuda dan Puteri) tidak menyediakan Pelan Peralihan Kuasa. Malahan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menunjuk sesiapa yang dikehendakinya, bagi menggantinya.

 

Dalam politik, apabila ada kenyataan seperti itu, tentunya ramai yang beranggapan bahawa dia tidak menyokong Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai penggantinya, sedangkan (induk) Umno menyaksikan Presiden mahukan timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak menggantikan tempatnya dan Pergerakan Wanita, Shahriat adalah pengganti Rafidah.

 

Tidak mustahil, jika Shahrizat mendapat cukup percalonan, dia akan ‘terpaksa’ membuat keputusan untuk menentang Rafidah kerana, adalah lebih mudah baginya mengalahkan Rafidah daripada mengalahkan Azalina yang jelas ‘pemimpin yang berkuasa’ sekarang atas sifatnya sebagai Menteri.

 

Shahrizat mungkin ‘malu alah’ untuk berdepan dengan Rafidah tetapi disebabkan Rafidah sudah tidak berjawatan Menteri, sama seperti Shahrizat, adalah lebih manis sebenarnya jika Rafidah ‘tidak mengaturkan pelan peralihan kuasa’ seperti yang diaturkan antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

 

Lagi pun, selepas Rafidah berundur, amatlah sukar bagi Shahrizat menjadi seorang ‘Naib Ketua Pergerakan Wanita’ yang boleh beregu dengannya sehingga pemilihan tiga tahun akan datang.

 

Jika tidak, bukan sahaja jawatan Naib Ketua Wanita Umno itu akan menjadi perebutan malahan, silap perhitungan Shahrizat sendiri akan tergugat kedudukannya.

 

Sejarah Umno selepas Merdeka membuktikan belum pernah seorang Ketua Pergerakan Wanita tidak menduduki jawatan Menteri.

 

Kini, ia menimpa Rafidah yang tentunya kurang manis ketika berjawatan dalam parti, tidak berjawatan dalam kerajaan.

 

Kelantangan Rafidah selama ini, ketika berjawatan serentak (parti dan kerajaan) hilang wibawanya apabila dia sudah tidak menjadi Menteri.

 

Itulah sebabnya, apabila Azalina dilihat menjadi Menteri dalam kabinet sekarang, Wanita Umno membayangkan bahawa pucuk pimpinan mahukan Azalina ‘menggantikan’ Rafidah, walaupun Shahrizat adalah Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kepada Perdana Menteri, yang disediakan dengan seorang Setiausaha Politik untuknya meneruskan tugas.

2 Responses to Shahrizat-Azalina beregu? Rafidah gelabah..

  1. […] Rafidah bertanding untuk menyekat kemaraan Azalina. Walaupun Dato Shahrizat Jalil kononnya beregu dengan Azalina, dia telah dicalunkan dan kini cukup pencalunan untuk kedua-dua jawatan Ketua dan Naib Ketua […]

  2. […] Rafidah bertanding untuk menyekat kemaraan Azalina. Walaupun Dato Shahrizat Jalil kononnya beregu dengan Azalina, dia telah dicalunkan dan kini cukup pencalunan untuk kedua-dua jawatan Ketua dan Naib Ketua […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: