Siapa Mangsa Politik Rafidah

Politik negara sekarang agak panas dan begitu sensasi apabila penganalisa memberikan perhatian penuh kepada isu peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib. Ditambah pula dengan proses pemilihan yang begitu rancak dijalankan ketika ini. Namun di dalam kemeriahan itu, terdengar ‘bisik-bisik’ suara di kalangan wanita yang nyata tidak berpuas hati dengan pelan peralihan kuasa yang dilakukan oleh Rafidah.

Ternyata, kuku Rafidah yang dulu begitu kuat mencengkam Wanita UMNO, sedikit demi sedikit telah mula longgar. Ini dibuktikan apabila ‘arahan’ beliau semakin tidak diendahkan oleh perwakilan Wanita. Walaupun wujud usaha yang digerakkan oleh beliau untuk menyekat calon lain dari menerima pencalonan, namun usaha tersebut nyata tidak berhasil.

Semakin kuat beliau menghalang semakin banyak bahagian yang mencalonkan Kamalia dan Azalina. Walaupun terdapat nama-nama lain yang dicalonkan seperti Halimah Sadique, Dr Norraesah, dan yang terbaru Maznah namun mereka-mereka ini dilihat kurang memberikan tentangan.

Walaupun agak terkejut dengan kehadiran Maznah Mazlan di saat mesyuarat Wanita masih berbaki 2 minggu, penulis dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang teman. Menurutnya telah ada arahan baru yang dikeluarkan oleh Rafidah untuk menyekat kemaraan Kamalia dan Azalina. Ini kerana Rafidah dilaporkan tidak ‘sebulu’ dengan Kamalia kerana pertalian saudara yang wujud di antara Kamalia dan Nolee Ashilin (Calon Naib Ketua Puteri UMNO).

Ini kerana seandainya kemenangan berpihak kepada mereka berdua, pintu Wanita UMNO terpaksa dibuka dengan seluas-luasnya untuk ahli Puteri. Sedangkan Rafidah memang diketahui ‘anti-Puteri’, dan sekiranya itu berlaku gelombang tsunami yang melanda politik tanahair sebelum ini bakal melanda Wanita. Terbaru apabila Kamalia secara terbuka mengatakan pelan peralihan kuasa caturan Rafidah harus dipercepatkan, ia semakin membuatkan Rafidah benci kepada Kamalia.

Calon seterusnya adalah Azalina Othman, mantan Ketua Puteri yang juga seorang menteri yang menerajui Kementerian Pelancongan. Azalina juga bukan calon yang mendapat restu Rafidah. Umum mengetahui sejak dari mula penglibatan Azalina ke dalam dunia politik, ia telah mengakibatkan Rafidah ‘senak perut’.

Rafidah dikhabarkan takut dengan dengan kehadiran Azalina, ini kerana wanita muda ini dilihat begitu agresif dan kretif semasa menerajui kepimpinan Puteri Umno duhulu. Rafidah seolah-olah telah dapat menghidu, penglibatan Azalina bakal menyekat dan memendekkan nyawa politik beliau.

Mimpi ngeri Rafidah akhirnya menjadi kenyataan apabila bahagian Beruas menjadi bahagian ‘sulong’ yang menolak pelan peralihan kuasa beliau, apabila mencalonkan Azalina untuk jawatan Naib Ketua. Ternyata keberanian bahagian Beruas telah membuka mata semua pihak di dalam Wanita, apabila satu demi satu bahagian menzahirkan penolakkan mereka kepada Rafidah.

Melihat kepada senario itu, telah membuatkan Rafidah semakin tidak senang duduk. Ini kerana seandainya salah seorang dari mereka ini memperolehi pencalonan yang mencukupi, sama ada rela atau tidak, Sharizat terpaksa menentang dirnya. Rafidah takut untuk membayangkan situasi itu, kerana beliau pernah berkata sekiranya Sharizat menentangnya beliau mungkin terpaksa mengundurkan diri.

Bagi Sharizat pula, adalah mustahil untuknya menentang Kamalia kerana kemungkinan beliau untuk kalah agak besar. Begitu juga dengan Azalina sebagai Menteri peluangnya untuk menewaskan Sharizat juga agak cerah. Kerana ‘trend’ pengundian ketika ini menunjukkan mereka mahukan perubahan. Dan perubahan yang dimaksudkan ialah menolak Rafidah keluar dari politik Wanita.

Sekiranya itu berlaku, Sharizat akan berdepan dengan Rafidah, kerana pelan peralihan kuasa yang dirancang sebenarnya helah Rafidah semata-mata. Perwakilan sekarang bukan bodoh, mereka sedar tiada apa yang dapat dilakukan Rafidah dalam masa 3 bulan. Sekiranya mereka mengikut pelan itu, kematangan Wanita akan dipersoalkan oleh semua pihak.

Kerana keputusan pilihanraya yang lalu menunjukkan, mereka telah gagal menambat hati generasi muda untuk menyokong UMNO. Dengan ketiadaan Ketua Wanita, usaha yang bakal digerakkan akan cacat. Kerana Sharizat hanya akan memangku jawatan tersebut. Sebarang kesilapan akan menyebabkan Sharizat ditentang dan mungkin kehilangan kerusi Ketua Wanita pada pemilihan akan datang.

Apabila Rafidah melihat keadaan ini sudah semakin tidak terkawal, beliau akhirnya terpaksa membuat keputusan. Jalan terbaik adalah meletakkan ‘proksinya’ di dalam Wanita. Calon proksi pula hendaklah terdiri dari mereka yang mempunyai kelayakkan yang dapat mengatasi Kamalia dan Azalina. Akhirnya Maznah Mazlan menjadi pilihan.

Harapan beliau dengan kehadiran Maznah, kemaraan Kamalia dan Azalina dapat dikuburkan. Ini kerana Maznah adalah Exco Negeri Pahang, dan memegang portfolio Hal Ehwal Wanita dan Pelancongan. Tambahan pula Maznah agak berpengalaman dan merupakan penyokong kuat beliau.

Dan lagi, seandainya berjaya, Rafidah juga mengharapkan Maznah dapat menumpaskan Sharizat semasa pemilihan nanti. Ini kerana ramai di kalangan Wanita menyedari, Rafidah juga tidak akan ‘kurang’ selesa dengan Sharizat. Ini kerana, beliau sedar, seandainya Sharizat menggantikannya legasi tinggalan beliau tidak akan diguna pakai lagi.

Sedangkan yang dicari Rafidah bukanlah pengganti tapi lebih sekadar ‘kuda tunggangan’. Persoalannya siapa yang bakal menjadi mangsa percaturan politik Rafidah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: