KIT SIANG SEMBRONO LAGI

Lim Kit Siang, siapa yang tidak kenal dengan Ahli Parlimen dari Ipoh Timur ini. Kit Siang memang terkenal dengan kebiadapannya terutama apabila berbahas di dalam Parlimen. Kebiadapannya semakin terserlah apabila siaran perbahasan disiarkan secara langsung di TV1. Hinggakan kemulian Parlimen dicemarkan oleh ahli parlimen cina yang terkenal dengan semangat perkaumannya itu.

 

Terbaru penulis terbaca artikel yang disiarkan olehnya berkenaan Menteri Pelancongan. Kit Siang mengesa supaya Azalina menghormati janjinya untuk membentangkan laporan audit oleh PriceWaterHouse di Parlimen. Bagi mengelakkan isu ini terus dijaja olehnya, penulis telah menelefon salah seorang rakan yang secara kebetulan bekerja di Kementerian Pelancongan.

 

Hasil perbualan tersebut, penulis dimaklumkan laporan tersebut telah pun dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme bt Hamzah. Sekadar untuk kepastian penulis terus menghubungi salah seorang kakitangan di Dewan Rakyat dan beliau juga mengesahkan laporan tersebut telah diterima dan salinan pengesahan juga telah diberikan..

 

Laporan tersebut mungkin terlewat, tapi ia bukanlah disengajakan. Mungkin syarikat audit yang dipertanggungjawabkan perlu meneliti laporan tersebut sebelum diserahkan kepada Menteri.

 

Penulis juga dimaklumkan, laporan bertulis itu diserahkan terus kepada Setiausaha Dewan adalah disebabkan kerana pada ketika ini Azalina berada di luar negera (London) atasan urusan rasmi. Masakan Lim Kit Siang tidak tahu, atau pura-pura tidak tahu, sedangankan Buletin Utama pada 12 dan 13 November telah melaporkan mengenai perkara itu.

 

Masakan orang yang kononya bijak dan cerdik seperti Kit Siang tidak meneliti laporan berita? Atau mungkin Kit Siang dengan sengaja cuba mencari ruang bagi mencari publisiti murahan. Atau mungkin juga artikel tersebut bertujuan untuk memburuk-burukkan Menteri Kabinet Kerajaan bagi menarik sokongan rakyat.

 

Namun ternyata tindakan Kit Siang telah memakan dirinya, kerana artikel yang mengharapkan Azalina untuk menghormati janji yang dibuat sebenarnya telah pun dikotakan. Sekiranya Kit Siang masih meraguinya bolehlah merujuk kepada Setiausaha Dewan untuk kepastian. Dan ada baiknya kiranya Kit Siang bermeditasi seperti para sami Budha untuk memumuk sifat sabar dalam tindakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: