MUHYIDDIN Pencetus Masalah DALAMAN UMNO?

Pada Sabtu 15 November 2009, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, dipetik oleh sebuah akhbar Inggeris tempatan sebagai mengatakan bahawa UMNO sedang sakit. Pada hari Ahad 16 November 2009, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, walaupun tanpa merujuk secara spesifik kepada UMNO, mencadangkan supaya politik Melayu diperkukuhkan.


Begitulah hakikatnya. UMNO memang sedang sakit. UMNO juga mesti diperkukuh serta diperkasakan dengan seberapa segera, khususnya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mewarisi kepimpinan UMNO dan negara, serta barisan kepimpinan baru yang akan bersamanya kelak.

Salah satu bukti UMNO memang sedang sakit adalah keputusan bahawa tempoh kempen bagi pertandingan untuk semua jawatan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia kali ini diadakan dalam tempoh lima bulan lamanya.

Keputusan ini adalah tidak bijaksana. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Banyak pihak dalam UMNO menyifatkannya sebagai sesuatu yang pasti akan menyebabkan UMNO dilanda krisis rasuah politik yang paling dahsyat dalam sejarah perjuangannya.

Majlis Tertinggi

Tetapi, Majlis Tertinggi UMNO dikatakan hanya membiarkan keputusan itu diteruskan kerana dipercayai tidak mahu menyinggung perasaan serta mengecilkan hati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO. Ini kerana keputusan mengenai tempoh kempen itu dikatakan wujud daripada kehendak Abdullah sendiri.

Pada waktu yang sama, adalah difahamkan bahawa Majlis Tertinggi UMNO bertindak sedemikian kerana kebelakangan ini sesiapa sahaja yang cuba menyanggah keputusan mengenai tempoh berkempen ini akan dilabelkan sebagai “trouble maker” atau “pencetus masalah” dalam UMNO.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara salah seorang pemimpin UMNO yang kini dipercayai dilabelkan oleh pihak yang rapat dengan Abdullah sebagai “pencetus masalah”.

Muhyiddin dilabelkan begitu kerana Muhyiddin sebelum ini lantang menyalurkan suara warga UMNO akar umbi supaya proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan daripada Jun 2009 kepada Mac 2009.

Blogger Politica menghuraikan soal ini dalam posting terbarunya di http://politica-net.blogspot.com/. Blogger ini juga mengatakan bahawa salah seorang Setiausaha Politik Abdullah juga pernah berkata bahawa Muhyiddin mungkin disingkirkan daripada kabinet bila Abdullah melakukan rombakan tidak lama lagi.

Singkirkan Muhyiddin?

Kata Politica, dakwaan beliau ini bukannya fitnah. Bagaimanapun, saya yakin Abdullah tidak akan menyingkirkan Muhyiddin menerusi rombakan kabinet yang diura-urakan. Pastinya Najib juga tidak akan mengizinkan perkara ini daripada terjadi.

Ramai warga UMNO yang tahu mengenai perkembangan ini. Mereka kesal kerana Muhyiddin yang selama ini menyuarakan aspirasi dan kehendak akar umbi untuk menyelamatkan UMNO kini dilabelkan sedemikian rupa dan mungkin disingkirkan daripada kabinet.

Warga UMNO akar umbi juga mendakwa bahawa kini wujud elemen-elemen tertentu yang sedang menghasut para penyokong Najib supaya tidak memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Alasan mereka ialah: Muhyiddin yang dilabelkan oleh kelompok Abdullah kononnya sebagai “pencetus masalah” atau “trouble-maker” akan hanya menimbulkan masalah kepada Najib.

Bagaimanapun, apa yang ditegaskan oleh Setiausaha Politik Abdullah seperti yang ditegaskan oleh Politica ini adalah bercanggah dengan kenyataan Abdullah yang secara hitam putih menegaskan bahawa beliau memendekkan tempoh peralihan kuasa atas perkiraan serta kehendaknya sendiri.

Pendekkan Kempen

Oleh itu, sama ada kata-kata Blogger Politica ini benar atau sebaliknya, satu perkara yang mesti dilakukan oleh Abdullah dengan seberapa segera pada hari ini ialah memendekkan proses kempen bagi seluruh jawatan tertinggi UMNO. Adalah elok jika pemilihan parti dan Perhimpunan Agung UMNO diadakan pada tarikh yang dijadualkan sebelum ini – pada akhir Disember 2008.

Maka, demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair, Abdullah perlu insaf bahawa tempoh berkempen bagi seluruh jawatan tertinggi parti yang amat panjang kali ini hanya akan menyebabkan UMNO jadi sakit lebih tenat.

Pastinya sebilangan besar warga UMNO akan mendukung dan menyokong Abdullah memendekkan tempoh kempen ini. Oleh itu, tak payahlah ditunggu mana-mana “pencetus masalah” untuk mendesak Abdullah membuat keputusan memendekkan tempoh kempen ini.

Maka, wajarlah Abdullah memimpin Majlis Tertinggi UMNO ke arah membuat keputusan di atas secara sukarela dan dengan seberapa segera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: