Dewan kecoh bila Kit Siang bangkit soal ‘ada tuan, ada hamba’

Sidang Dewan Rakyat gamat seketika bila berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur Lim Kit Siang dengan ahli parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis serta ahli parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengenai isu ketuanan Melayu.

Ini berlaku emasa beliau yang bangun membahaskan peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Perpaduan Kebudayaan,Keseniaan dan warisan di Parlimen, Isnin malam mendakwa soal ketuanan Melayu tidak disebut dalam perlembagaan dan hanya popular baru-baru ini.

Sebaik sahaja beliau menyebut, itu bermaksud ketuanan Melayu ‘ada tuan, ada hamba’, Jamaluddin bangun meminta Kit Siang menarik balik perkataannya.

Tokoh pembangkang itu cuba menghalang Jamaluddin mencelah serta membaca peraturan sehingga keluar perkataan ‘kurang ajar’ dari mulut Ahli Parlimen Rompin kerana beliau enggan duduk mendengarnya hujahnya.

“Datuk (Speaker), Saya minta (Kit Siang) tarik diri (balik) …orang Melayu tidak mahu dalam ketuanan Melayu konsep menyatakan Cina hamba Melayu tuan…tidak benar. Saya mahu Yang Berhormat tarik diri (balik) …orang Melayu tak mengatakan orang Cina itu hamba,” tegasnya.

Katanya, Kit Siang sengaja membangkitkan soal perkauman dan meminta pemimpin pembangkang itu menarik balik kenyataanya itu.

Ketika Jamaluddin berhujah, Kit Siang masih berdiri dan tindakannya itu ditegur oleh timbalan speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tungku Jaafar.

Mengikut peraturan Dewan, apabila seseorang ahli bangun membacakan peraturan Dewan, ahli yang berhujah mesti duduk dan membeli laluan.

Mohamad yang turut tidak berpuashati hati dan bangun meminta Kit Siang menarik balik kenyataannya.

Setelah bertikam lidah, Wan Junaidi terus menegur Kit Siang dan mengingatkan beliau walaupun ketuanan Melayu tidak disebut dalam perlembagaan tetapi tidak patut disebut ketuanan Melayu ‘ada hamba..ada abdi,’.

Jamaluddin terus mendesak Kit Siang menarik semula kenyataan itu dan mahu transkrip perbahasannya diteliti sebagai bukti beliau membuat kenyataan tersebut

One Response to Dewan kecoh bila Kit Siang bangkit soal ‘ada tuan, ada hamba’

  1. sam says:

    Itulah kuarng ajar nya… Melayu yg bersengkokol dgn DAP masih buta dan menyetujui secara tuli konsep Malaysia Malaysian.

    Dalam perlembagaan tiada Tuan dan Hamba,, tapi mereka lupa adanya hak istimewa kaum Bumiputra yang termaktub. Itupun nak dan cuba dirampasnya secara halus dgn memainkan sentiment ketuan melayu dan perhambaan kaum lain.

    Orang seperti ini yang sepatutnya dikenakan ISA. yang beriya sangat minta ISA dihapuskan. Bila ISA dihapuskan maka senanglah mereka nak menghasut dan memporak perandakan kententeraman awam. Maka disini logiknya nanti utk memanggil kuasa luar campurtangan.

    Saya tak setuju ISA dimansuhkan. Kalau kita tidak mahu menyusahkan orang, jadi penyebuk, suka buat apa saja tanpa ada undang2 yang boleh menghalang adakah itu tuntutan hak asasi manusia. Adakah mahu memenuhi hak sesaorang pihak minoriti maka hak pihak majority kena gadaikan.

    kalau saya ada pilihan saya akan hapuskan org yg tidak tahu berterimakasih ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: