Azalina mangsa konspirasi?

Kasihan Azalina! Tidak habis-habis menjadi mangsa permainan politik pihak-pihak tertentu… Entah apa silap Ahli Majlis Tertinggi Umno ini, hinggakan ada yang sanggup berusaha untuk melihat kerjaya politiknya berkubur dengan bagitu jelik sekali?

Sebenarnya, bukan pasal siasatan SPRM yang terhadap beliau dan para pengawainya yang dipertikaikan, tetapi isu utamanya ialah kenapa dan apa tujuan sebenar disebalik siasatan SPRM itu dicipta dan siapakah dalang sebenar yang terbabit?

Menteri Pelancongan ini tidak pernah sekalipun mengiyakan tentang desas-desus yang mengaitkan isu siasatan SPRM tersebut  merupakan sebahagian agenda untuk melenyapkan beliau daripada dunia politik.

Jika diperhalusi dari apa yang berlaku, jelas sekali segalanya itu sebenarnya sudahpun dirancangkan terlebih dahulu. Mungkin benar memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Kalau tidak mana mungkin siasatan SPRM yang awalnya  berkisar tentang ‘rasuah politik’ kini melarat kepada beberapa isu lain pula.

Ia seolah-olah menunjukkan bahawa pihak yang berkenaan mungkin dibayangi oleh induvidu yang sedaya upaya untuk mengsabitkan kesalahan rasuah terhadap Azalina. Setelah merasakan siasatan kes pertama, kedua dan seterusnya tiada kekuatan untuk mengheret  Azalina kemuka pengadilan.

Walaupun hanya diperingkat siasatan dan sepatutnya masih menjadi rahsia SPRM, namun isu ini begitu mendapat liputan meluas dan luar biasa dari pihak media. Hinggakan ia seolah-olah ‘Azalina dan teamnya’ sudahpun didapati bersalah.

Sedangkan, perkara ini tidak berlaku dalam kes-kes yang sama melibatkan individu lain sebelum ini… Ini secara tidak langsung menunjukkan seperti ada ‘hantu’ yang memberikan perkhabaran kepada pihak media dengan nawaitu  untuk memberikan imej dan gambaran buruk terhadap  Azalina.

Ketiga, jika betul Setiusaha Politik yang begitu luas pengalamanya dalam politik dan pernah bergelar Wakil Rakyat  mustahil dia akan membuat  kerja-kerja terkutuk (membuat sogokan atau menerimanya) tersebut di restoran di MTUC Jalan Ampang kerana tempat tersebut agak terbuka dan ‘public’.

Malah banyak lagi fakta yang boleh dihuraikan bagi menguatkan dakwaan  bagi menunjukkan bahawa dalam kes ini sebenarnya adalah satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan Azalina. Termasuk dakwaan sumber SPRM yang mengatakan mereka bertindak pada hari tersebut adalah atas maklumat individu  tertentu.

Jika benar, apa yang berlaku itu adalah konspirasi untuk menyingkirkan Menteri Pelancongan itu dari kancah politik. Tidak keterlaluan andai dikatakan itu adalah satu kesilapan yang besar.

Ini kerana, Azalina dilihat sebagai seorang pemimpin muda yang mampu melakukan ‘refomasi’ ke arah menggembalikan kepercayaan rakyat terutamanya golongan muda dan seterusnya memartabatkan semula Umno yang sudah sekian lama hilang serinya.

Malah, Azalina juga dilihat antara segelintir pemimpin yang mempunyai wawasan serta nilai X-faktor yang tinggi. Beliau juga mampu memikul sebarang tugas yang diamanahkan dan ini telah dibuktikannya termasuklah sebagai seorang menteri, dalam parti dan sebagainya.

Azalina juga dilihat antara pemimpin yang berani dan lantang memperjuang dan menyuarakan hak-hak yang melibatkan kepentingan rakyat. Tidak kiralah sama ada dalam parti mahupun dalam sistem pentadbiran kerajaan tanpa ada rasa gentar.

Dan, mungkin atas sebab kelantangan memperjuangkan ‘ketelusan’ dan mewacana ‘pembersihan’ dalam parti serta kerajaan, hingga menyebabkan ada induvidu tertentu yang kepanasan. Atau mungkin juga ketegasannya dalam memperjuangkan yang hak dan menolak yang batil menyebabkan ada dikalangan mereka ‘diusik bayang sendiri’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: